Selamat Datang Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh Lailawati Ahmad ke SMKA SHAMS

Monday, November 22, 2010

Saff Murobbi BADAR dan Pimpinan BADAR SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban Sesi 2010/2011 mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh Lailawati binti Ahmad di bumi SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban ( SHAMS ).

Pn.Hjh Lailawati merupakan mantan Pengetua SMKA Sharifah Rodziah,Melaka. Beliau menggantikan Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh Wan Ruhayah Wan Yaacob yang berpindah ke SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Apa yang menarik, SMKA SHAMS dan SMKA Sharifah Rodziah bagaikan ada hubungan yang erat kerana Pn. Hajah Wan Ruhayah juga merupakan mantan Pengetua SMKA Sharifah Rodziah sebelum berpindah ke SMKA SHAMS.

Buat akhirnya, warga Kerja BADAR yakin dan optimis kecemerlangan SMKA SHAMS akan terus berkekalan dibawah pentadbiran Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh Lailawati Ahmad. Selamat Bertugas!


Berikut merupakan latar belakang beliau:


Pn. Hjh Lailawati binti Ahmad


-Dilahirkan pada 01hb September 1958
-Merupakan Pengetua Cemerlang DG 52
-Berasal dari Negeri Sembilan

- Mantan Pengetua :
SMKA Matang,Kuching,Sarawak ( 2004 – 2007 )
SMKA Sharifah Rodziah,Melaka ( 2007 – 2010 )

-Jawatan Sekarang:
Pengetua Cemerlang SMKA Sheikh Hj. Mohd Said ( 2010 )

1 comments:

Unknown said...

salam,,selamat datang Bonda,,semoga Bonda akan terus maju jaya sehingga ke akhirnya,,insyaallah,,dan,bantulah anak-anak SHAMS seperti saya ini agar terus berjaya dan cemerlang seperti Bonda suatu hari nanti,,

Post a Comment