SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT 3

Wednesday, August 16, 2017


Bermula 15 Ogos 2017 - 18 Ogos 2017 semua pelajar tingkatan 3 SMKA Sheikh Hj. Mohd Said akan menduduki Peperiksaan Percubaan PT3.Dengan itu pihak murobbi BADAR SHAMS mengucapkan Semoga berjaya dengan cemerlang kepada semua calon..All The Best & Bittaufiq Wannajah




PERSOALAN TENTANG IBADAH KORBAN


Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ. SAYA ADA BACA MENGENAI ORANG YANG NAK BUAT KORBAN  MAKA JANGAN POTONG RAMBUT DAN KUKU. BILA MULA ORANG ITU TIDAK BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DAN SAMPAI BILA.MOHON PENJELASAN.TERIMA KASIH. 

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Disunatkan orang yang ingin melaksanakan korban untuk tidak memotong kukunya, mencukur/memotong rambut dan juga mencukur/mencabut bulu pada badannya sama ada bulu ketiak, bulu ari-ari, misai, janggut dan sebagainya apabila masuk bulan Zulhijjah dari hari pertamanya hinggalah setelah korbannya dilaksanakan. Jika dilakukan hukumnya adalah makruh. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah (yakni mengetahui masuknya bulan Zulhijjah), sesiapa dari kamu yang ingin melakukan ibadah korban hendaklah dia menahan (menangguh) dari (membuang/memotong) bulu/rambut dan kuku-kuku di badannya hingga ia melaksanakan korbannya” (Soheh Muslim; 1977/41, dari Ummu Salamah RA).

Menurut Syeikh Ibrahim al-Marwaruzi; hukum anggota-anggota badan yang lain sama seperti hukum rambut/bulu dan kuku (yakni makruh dibuang sebelum dilaksana korban).

Menurut ulamak; hikmah tegahan ini ialah supaya keampunan Allah yang datang melalui ibadah korban itu akan meliputi seluruh tubuhnya termasuklah rambut, bulu-bulu badan, kuku dan sebagainya.

Menurut Syeikh Mansur Ali Nashif;  ia juga dituntut dari ahli keluarga orang yang melakukan korban supaya keampunan Allah yang sempurna itu turut merangkumi mereka (at-Taj al-Jami’, 3/115).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/284.
2. Sabilal-Muhtadin, hlm. 908.
3. At-Taj al-Jami’, Syeikh Mansur Ali Nashif; 3/115.
4. Mirqaat al-Mafatih, bab al-Udhiyah.

SEKITAR KURSUS USRAH POWER 2017

Friday, February 3, 2017












TANZIM BADAN AGAMA,DAKWAH,AKHLAK & ROHANI (BADAR) SMKA SHEIKH HJ. MOHD SAID 2016/2017


KEPIMPINAN BADAN AGAMA,DAKWAH,AKHLAK DAN ROHANI
( BADAR ) SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN SESI 2016/2017

PRESIDEN                 : Muhammad Amir bin Saifulizam
TIMB. PRESIDEN     : Atikah binti Muhammad Noor Choliq
SETIAUSAHA            : Mohammad Afiq bin Mohammad Daud
TIMB.SETIAUSAHA : Nur Ain Syazani binti Fazale
BENDAHARI             : Muhammad Al-Hafiz  bin Ishak
TIMB. BENDAHARI  : Inas Samihah binti Hasni

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH
Pengerusi : Jebat Hazrik bin Mohd Nazry
Timb. Pengerusi : Nahidah binti Ridzuan
LAJNAH USRAH DAN TARBIAH
Pengerusi : Izz Iqbal bin Saiful Anwar
Timb. Pengerusi: Nurul Hanis Hidayah binti Jalal
LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
Pengerusi : Fitri Haris bin Mithlan
Timb. Pengerusi: Siti Nur Atiqah binti Mohd Rawe
LAJNAH CERAMAH DAN PENERANGAN
Pengerusi: Muhammad Izzat Luqman bin Abd Latif
Timb. Pengerusi: Nurul Syasya Liyana binti Amsah
LAJNAH NADWAH DAN KEPIMPINAN
Pengerusi : Amir Afham bin Aznizam
Tim. Pengerusi: Nurin Nazifa binti Mohd Azli
LAJNAH DOKUMENTASI DAN PENYELIDIKAN
Pengerusi: Muhammad Ammar bin Amran
Timb. Pengerusi : Nur Syazwina binti Mohammad Fadzil