MAJLIS PENGHARGAAN NUQABA BAKAL DIADAKAN DI PUSAT BOWLING, MYDIN WHOLESALE HYPERMARKET SEREMBAN 2

Tuesday, October 21, 2014


TENTATIF PROGRAM

1.00 ptg          : Bertolak ke MYDIN WHOLESALE HYPERMARKET SEREMBAN 2
1.30 ptg          : Solat Zohor Berjamaah
                         Pendaftaran di Pusat Bowling
                         Taklimat & Ucapan
                         Bacaan Doa
                         Pertandingan Bowling dimulakan
                         Jamuan
                         Penyampaian hadiah

5.00 ptg          : Bersurai

Selamat Menghadapi Peperiksaan PT 3

Monday, October 13, 2014



Saff Murobbi BADAR SHAMS mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan PT 3" kepada semua pelajar Ting.3 SMKA Sheikh hj. Mohd Said.Kami mendoakan semoga kalian dikurniakan ketenangan semasa menjawab peperiksaan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang.

Muktamar Sanawi BADAR Sesi 2014/2015

Wednesday, August 13, 2014

KEPIMPINAN BADAN AGAMA,DAKWAH,AKHLAK DAN ROHANI
( BADAR ) SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN SESI 2014/2015

PRESIDEN                : Ahmad Nazhan bin Mohd Nazri
TIMB. PRESIDEN    : Wardah Hayati binti Mukhtar
SETIAUSAHA            : Mohammad Khairul Ikhwan bin Jamihon
TIMB.SETIAUSAHA : Nor Adibah Munirah binti Mohamed Nor Aman Shah
BENDAHARI             : Ahmad Irfan bin Mohamad Ariff
TIMB. BENDAHARI  : Nurul Nadiyah binti Khairul Anuar

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH
Pengerusi : Fikri Andiqa bin Maslir
Timb. Pengerusi : Nur Fatin Fatihah binti Mustaza
LAJNAH USRAH DAN TARBIAH
Pengerusi :
Muhammad Nur Hilman bin Mazlan
Timb. Pengerusi: Anis Athirah binti Mohd Bakri
LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
Pengerusi : Ahmad Ibrahim bin Azam
Timb. Pengerusi: Anis Sabrina binti Roslee
LAJNAH CERAMAH DAN PENERANGAN
Pengerusi: Mohammad Irfan  bin  Mohammad Zamri
Timb. Pengerusi: Ain Fatihah binti Mohamad Ja'afari
LAJNAH NADWAH DAN KEPIMPINAN
Pengerusi : Muhammad Haikal bin Mokhtar
Tim. Pengerusi: Syafiqah binti Abd Razak
LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Pengerusi : Ahmad Irfan bin Mohamad Ariff
Timb. Pengerusi: Nurul Nadiyah binti Khairul Anuar
LAJNAH DOKUMENTASI DAN PENYELIDIKAN
Pengerusi: Muhamad Amir Faris bin Adzhar
Timb. Pengerusi : Faten Nabila binti Abdul Fatah














Dimana DIA dihatiKU

Tuesday, July 15, 2014


Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."


Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...

- Ustaz Pahrol Mohd Juoi [Di Mana Dia Di Hatimu?]

Terima Kasih Ust. Nasiruddin!

Saturday, June 14, 2014



Saff Murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust. Mohamed Nasiruddin atas sumbangan dan kerjasama selama ini dalam membantu gerak kerja BADAR.

Untuk makluman,Ust. Mohamed Nasiruddin telah berjaya memohon pertukaran ke negeri asal beliau,Pahang Darul Makmur.

Di kesempatan ini pihak murobbi BADAR mendoakan semoga ustaz terus komited dalam mendidik anak bangsa disamping memberi kefahaman ISLAM ditempat yang baru.Pihak Murobbi BADAR juga ingin memohon kemaafan jika ada kekhilafan semasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab.Buat akhirnya,SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN PERJUANGAN

Pra Muktamar BADAR :" القوي" دان "الأمين" ( Kekuatan dan Amanah)

Monday, May 19, 2014


Nabi Musa a.s. pernah membantu dua orang anak nabi Syuaib mengambil air di telaga. Maka salah seorang anak nabi Syuaib mencadangkan agar ayahnya mengambil nabi Musa bekerja bersama mereka kerana dia melihat Musa sebagai seorang yang kuat lagi amanah. “Wahai ayahku! Ambillah dia menjadi orang upahan kita, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah!”- Surah al-Qasas ayat 26. Bila ditanya, bagaimana kamu mengetahui dia seorang yang kuat lagi amanah? Anaknya menjawab, dia mampu mengangkat penutup perigi dengan sebelah tangan sahaja, sedangkan biasanya lebih tujuh orang diperlukan untuk mengangkat! Dia juga memelihara pandangan dan bila jalan bersama dia menyuruh kami berjalan di belakangnya.

Antara dua pilihan

Jika anda diberi pilihan antara seorang yang alim atau warak dengan seorang lagi yang tidak alim tapi pandai merancang dan mengurus, siapakah yang akan anda pilih untuk menjadi ketua? Ada seorang yang bijak berbicara tentang ikhlas, amanah dan tanggung jawab dunia dan akhirat. Bukan setakat itu sahaja, dia memang benar-benar ikhlas lagi amanah. Ada seorang lagi yang pandai menghuraikan teori-teori perancangan dan pengurusan seperti PODC, PDCA, SWOT, SMART dll. dan berjaya membuktikannya. Soalan yang serupa; siapakah yang akan anda pilih untuk menerajui organisasi yang anda anggotai atau melaksanakan sesuatu tugas?

Jawapannya… bergantung kepada nisbah kekuatan dan amanah yang diperlukan untuk menanggung tugasan tersebut.

Dua kategori

Antara perkara yang boleh dikategorikan sebagai kekuatan ialah tubuh badan yang sihat lagi bertenaga, ilmu dan kemahiran berkaitan tugas, rajin bersemangat lagi berani menjayakan tugas, mudah berinteraksi dan mempengaruhi orang lain dsb. Manakala amanah pula ditunjukkan oleh sifat-sifat jujur, ikhlas, boleh dipercayai, benar dalam kata-kata dan tindakan, penyabar, sopan santun dsb.

Adalah suatu yang ideal jika kita menemui seseorang yang terhimpun padanya ciri-ciri kuat dan amanah ini. Kerana ia selari dengan saranan ayat yang menjadi rujukan tadi. Dan memang terbukti sepanjang zaman, orang yang memiliki dua syarat ini sahaja yang layak diserahkan kepadanya sesuatu urusan. Jika tidak ditemui, maka timbangkanlah adakah urusan itu lebih memerlukan kekuatan atau amanah.

Sebagai contoh

Contohnya sifat amanah lebih utama bagi jawatan bendahari berbanding kemahiran membuat kunci kira-kira, ilmu dan kefahaman syarie lebih utama bagi seorang imam berbanding kemahiran mengendalikan laman web, kemahiran merancang dan mengurus lebih diperlukan bagi seorang pengerusi berbanding sifat sabar, rajin dan cekap bekerja lebih diperlukan untuk jawatan siak berbanding dengan banyak menghafaz ayat-ayat al-Quran dan begitulah seterusnya. Maka kita perlu bijak meletakkan nisbah keperluan tersebut agar pilihan tepat dan orang yang lebih layak sahaja dipilih.

Situasi sekarang

Memandangkan sukar menemui individu yang terkumpul padanya kuat dan amanah ini, maka saling lengkap melengkapi dan kuat menguatkan adalah amat perlu. Yang kurang kita tampung, yang lebih kita tumpang! (Betul ke ungkapan saya ni?) Golongan muda yang bersemangat perlu berganding dengan golongan veteran yang selalunya lebih berhikmah, para alim ulamak perlu bergabung dengan golongan teknokrat, kelompok yang ada kekuatan fizikal perlu menyumbang tenaga menjayakan idea-idea bernas yang dihasilkan para pemikir… Andaikata semua pihak ikhlas untuk menyumbang dan beramal, insya Allah akan ada jalan keluar.

Tapi, alangkah indahnya kalau orang itu memang seorang yang kuat lagi amanah!

Wallahu a’lam.