Jadual Tazkirah Sepanjang Ramadan

Tuesday, July 24, 2012



1) Tazkirah Ambang Ramadan
Tajuk : "Ramadan Dirai,Maghfirah Dikecapi"
Pentazkirah: Ust. Shahrizan bin Ibrahim
Tarikh: 19 Julai 2012


2) Tazkirah 1
Tajuk: Tranformasi Ramadan
Pentazkirah : Dr. Azrul Azlan Mirza bin Iskandar 
Tarikh: 23 Julai 2012


3) Tazkirah 2
Tajuk: Puasa dan Persoalan Semasa
Pentazkirah: Ust. Mohd Faisal bin Kamis
Tarikh : 30 Julai 2012


4) Tazkirah 3
Tajuk: Badar al-Kubra
Pentazkirah: Ust. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali
Tarikh: 6 Ogos 2012


5) Tazkirah 4
Tajuk: Muhasabah Ramadan
Pentazkirah: Tn. Hj. Norazamir bin Alias
Tarikh : 13 Ogos 2012

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadan


Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1433H

Friday, July 20, 2012




Bulan Ramadhan bulan yang berkat 
Bulan rahmat dan bulan utama 
Pahala digandakan, doa diterima 
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa 

Isilah bulan ini, banyakkan amalan 
Beribadah malam, siang berpuasa 
Banyakkanlah sedekah jgn dikira 
Moga ia menjadi penebus dosa 
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
 Zikir dan Tasbih elok disertakan 
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara 
Agar Ramadhan tidak sia-sia 

 Hindarkanlah dosa di setiap anggota 
Kalau boleh dosa hati jua 
Kerna dosa itu merosakkan pahala 
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan 
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya 
Kerna ia datang setahun sekali 
Tahun hadapan belum tentu jumpa 
Kerna kita mati bila-bila masa

SMKA SHAMS wakil N.Sembilan ke Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2012

Thursday, July 12, 2012



Saff Murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said mengucapkan Semoga Berjaya kepada wakil SHAMS yang akan mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 bagi tahun 2012. Majlis Ihtifal tersebut bakal diadakan di SMKA Kuala Selangor bermula esok 13 Julai 2012 – 16 Julai 2012.

Sebelum ini SMKA SHAMS telah berjaya meraih 8 Johan dari 12 kategori dalam pertandingan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM bagi Peringkat Negeri yang diadakan di SMKA Pedas. Antara pertandingan yang akan diwakili SMKA SHAMS ke peringkat Kebangsaan ialah:


1- Qiraat Sabie Bi Tarannum Menengah Rendah dan Menengah Atas
2- Kalimatussobah Menengah Rendah dan Menengah Atas
3- Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah dan Menengah Atas
4- Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Rendah
5- Hafazan Menengah Atas

Saff Murobbi BADAR sekali mengucapkan semoga berjaya kepada kontijen SHAMS.Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda!

PENJELASAN HUKUM BERPUASA SELEPAS NISFU SYA'BAN


Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nisfu Sya'ban (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'ban adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya.

Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbatkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadith-hadith Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-

"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:


"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa"


Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadith Abu Hurairah ini adalah hadith hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.

Selain daripada hadith di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: 


"Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa."

Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadith ini adalah hasan shohih di sisi para muhaddithin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif.

Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadith-hadith yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nisfu kedua bulan Sya'ban ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. 


Pengharaman berpuasa pada hari-hari nisfu kedua Sya'ban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'ban) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

1. Puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'ban walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. 


Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'ban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. Puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3. Puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua bulan Sya'ban.


Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nisfu kedua Sya'ban, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua bulan Sya'ban, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nisfu Sya'ban menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-

(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'ban, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nisfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-

Dan daripadanya [yakni daripada hadith-hadith berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'ban, ialah hadith Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan:


"Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan"


hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: 


"Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan"


dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... 


Kemudian hadith-hadith tersebut tidaklah menafikan haditH yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nisfu bulan Sya'ban, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nisfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nisfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. 


Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nisfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nisfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nisfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nisfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nisfu kedua bulan Sya'ban tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). 


Dan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu:


"Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", 


Adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).

Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in" pada halaman 60:-

(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nisfu Sya'ban, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.

Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-

Dan haram puasa pada nisfu kedua bulan Sya'ban, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.

Inilah kesimpulan hukum berpuasa pada nisfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. 

Bilakah Masanya Untuk Kita Berehat?

Tuesday, July 10, 2012


Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:

“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:

“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”

ALLAHU AKBAR!

Jawapan yang dilontarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal kepada anaknya di atas telah betul-betul menjentik hati saya tatkala mendengarnya buat kali pertama dulu.  Kata-kata ini adalah antara kata-kata yang selalu terngiang di dalam benak saya terutama ketika datang perasaan mahu berehat-rehat dan bermain-main.  

Nasihat ringkas tapi mendalam dengan makna dan nilai yang diucapkan oleh Imam Ahmad ini dapat menepuk kita supaya sedar akan hakikat kehidupan di dunia ini.  Kita di dunia ini selalu sangat banyak berehat dan mencari masa untuk berehat.   Sedangkan dunia bukanlah tempat untuk kita berehat.  Ia tempat untuk kita bersungguh-sungguh mencari bekal buat perjalanan menuju Hari Akhirat.

Fokus kebanyakan kita adalah dunia, dunia, dunia.  Ramai di kalangan kita yang mencari kerehatan di dunia.  Melepaskan setiap masa yang berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat untuk Hari Akhirat.  Sepatutnya setiap masa yang terluang diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.  Paling kurang pun ialah mengingati ALLAH samada di dalam hati atau mengucapkan kalimah-kalimah dzikir ALLAH.

Sebab itu kita selalu mendengar dan melihat para ulama saban siang dan malam mengisi masa mereka dengan sesuatu yang penting untuk Islam.  Bukan sahaja amalan-amalan fardhu mereka kerjakan, bahkan amalan-amalan sunat sentiasa mengisi masa terluang mereka.  Siang mereka, mereka isi dengan mengajar ilmu, berpuasa dan berjuang di jalan ALLAH.  Malam mereka, mereka isi dengan bacaan al-Quran, solat sunat dan tahajjud kepada ALLAH.  Sedangkan kita jarang sekali ingin menyusahkan diri dengan ibadah-ibadah.

Betapa jauh sekali iman kita dengan mereka.  Mereka sanggup bersusah payah di dunia ini, berkorban harta dan melepaskan waktu rehat mereka, semata-mata untuk mendapatkan tempat rehat yang mereka idamkan iaitu Syurga.  Dan itulah jalan yang ditempuhi oleh semua orang-orang soleh sejak zaman Nabi sallAllahu `alaihi wasallam hinggalah Hari Qiamat.

Tentang hakikat dunia ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah menasihati Ibnu `Umar sambil memegang bahu Ibnu `Umar yang maksudnya:

“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” 
(HR al-Bukhari)

Hadith ini bermaksud bahawa dunia ini bukanlah tempat kita untuk bersenang-lenang dan bukan juga destinasi kita.  Orang asing atau penyeberang jalan tidak akan duduk rehat lama di kawasan yang bukan tempat tinggalnya.  Dia pasti mahu meneruskan perjalanan dengan sungguh-sungguh menuju ke kampung halamannya.  Dan kampung halaman bagi orang-orang beriman ialah Syurga.  Ke sanalah tempat tuju dan idaman kita.

Semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiq buat saya, ahli keluarga saya dan semua kita tentang hakikat kehidupan ini.  Betapa Hari Akhiratlah tempat tujuan kita.  Di dunia ini bukan tempat berehat kita.  Ia tempat kita singgah dan mencari sebab keredhaan ALLAH melalui amalan-amalan soleh.  Di Syurga nantilah tempat kita semua tuju dan berehat selama-lamanya.

Semoga ALLAH mengurniakan saya dan kita semua akan redhaNYA dan SyurgaNYA.  Dan semoga saya dan kita semua dilindungi ALLAH dari kemarahanNYA dan NerakaNYA, amin…

TANZIM BADAR SMKA SHAMS 2012/2013

Friday, July 6, 2012



KEPIMPINAN BADAN AGAMA,DAKWAH,AKHLAK DAN ROHANI ( BADAR )
SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN SESI 2012/2013

PRESIDEN BADAR   : Mohd Aziq Arifin bin Raduan
TIMB. PRESIDEN     : Arifah Nabihah binti Zulkafli
SETIAUSAHA            : Muhammad Saiful bin Jefri
TIMB.SETIAUSAHA : Siti Aisyah binti Zamri
BENDAHARI             : Muhammad Syafiq bin Iskandar
TIMB. BENDAHARI  : Nur Hazwani binti Zabidin

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH
Pengerusi : Mohd Faiz bin Ishak
Timb. Pengerusi : Nur Adilah binti Shahrom
LAJNAH USRAH DAN TARBIAH
Pengerusi :
Muhammad Kamil bin Zainaluddin
Timb. Pengerusi: Noor Syahira Syafiqah binti Ibrahim
LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
Pengerusi :
Mohd Khalilullah Bin Abdul Isham
Timb. Pengerusi: Siti Nabilah binti Kamaruddin
LAJNAH CERAMAH DAN PENERANGAN
Pengerusi: Ahmad Arif bin Abu Zaimah
Timb. Pengerusi: Nur Atiqah bt Mohd Hapizi
LAJNAH NADWAH DAN KEPIMPINAN
Pengerusi : Muhamad  Asyraf bin Azmi
Tim. Pengerusi: Nur Aqilah Afaf bt Aziz
LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Pengerusi : Muhammad Syafiq bin Iskandar
Timb. Pengerusi: Nur Hazwani binti Zabidin
LAJNAH DOKUMENTASI DAN PENYELIDIKAN
Pengerusi:
Muhammad Fahmi bin Mohd Khir
Timb. Pengerusi : Nur Adibah binti Shahrom