حسبنا الله ونعم الوكيل -Cukuplah Allah SWT untuk (menolong) kami

Friday, November 30, 2012




Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Ku coba renungi semua
Detik waktu yang telah berlalu
Mengisahkan pedih di hati
Menyinar keangkuhan diri

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Ku coba sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa bebanpun sirna
Seluruh hati serahkan pada-Nya

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Oooooo.....
Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung
Oooooo.....
Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Qunut Nazilah Untuk Ghaza & Palestin

Wednesday, November 21, 2012

Ya Hayyu Ya Qayyum! Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum! Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum! Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,
sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
Ya Hayyu Ya Qayyum! Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,
Kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,
menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam dengan Jihad fii Sabiilillah.
Ya Hayyu Ya Qayyum! Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.






Salam Maal Hijrah 1434H

Wednesday, November 14, 2012


Alhamdulillah....Seinfiniti kesyukuran dirafa'kan ke hadrat illahi kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut baru Hijrah 1434. Syukur kepada Allah yang masih tidak putus-putus memberikan kita rezeki, nikmat umur yang panjang, iman dan Islam.Tibanya 1434 Hijrah bermakna umur kita telah meningkat dan kematian semakin dekat.

Warga Murobbi BADAR SHAMS menyeru kepada semua umat Islam khususnya warga SHAMS agar menjadikan tahun baru 1434 hijrah ini sebagai tahun untuk melakukan perubahan kearah yang lebih baik demi menuju ke destinasi yang abadi!

Firman di dalam surah Al-Hasyr: 



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Salam Maal Hijrah 1434 dari Murobbi BADAR SHAMS



Doa Awal Tahun & Akhir Tahun




Selamat Bercuti.......

Friday, November 9, 2012

Warga Murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua anak - anak SHAMS.Manfaatkan masa cuti anda dengan sebaik mungkin!

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM

Saturday, November 3, 2012



Warga Murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said,Seremban (SHAMS) mengucapkan “Selamat Menduduki Peperiksaan” buat semua calon SPM dan STPM PPU 1 & PPU 2 yang akan bermula pada 5 Nov 2012. Diperingkat murobbi sentiasa mendoakan kejayaan anak – anak SHAMS kerana bagi kami kejayaan anda semua merupakan kebahagiaan dan kegembiraan bagi kami.

Tiada yang lebih indah dalam kamus kehidupan murobbi kecuali melihat anak – anak didik berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Pesanan murobbi,teruskan berusaha dengan gigih disamping berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sesungguhnya Allah sahaja yang berkuasa dan mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk anda semua. InsyaAllah,kejayaan dan pertolongan Allah itu sangat dekat bagi hamba-hambanya yang beriman dan bertakwa.