Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi-Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Saturday, December 31, 2011


Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya. 

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat. 

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu. 

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219). 

Terdapat satu kaedah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65) 

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Kepentingan Solat Istikharah dalam kehidupan harian

Friday, December 23, 2011

Oleh: Ismail Abu Bakar

dilemma.jpgBila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.



Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.


Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.


Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah. 



Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan.

Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.




doaistikharah.jpg

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. 

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wallah hu ‘alam

Pesanan buat semua calon PMR SMKA SHAMS 2011


Alhamdulillah...hari ini SMKA Sheikh Hj. Mohd Said (SHAMS) mencipta sejarah baru kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dimana 75 orang calon mendapat semua A (9A)  daripada 151 orang calon dengan gred purata sekolah (GPS) 1.16 berbanding 1.20 pada tahun 2010.Sesungguhnya kejayaan ini amat membanggakan kepada semua warga SMKA SHAMS.

Di peringkat murobbi BADAR mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua calon PMR 2011. Kecemerlangan dan kejayaan yang kalian terima merupakan anugerah daripada Allah SWT setelah kalian berusaha,berdoa dan bertawakkal kepada-NYA.Kepada mereka yang kurang mencapai tahap yang disasarkan,anggaplah ini sebagai suatu cabaran untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. InsyaAllah,nikmat Allah itu sentiasa terbuka luas kepada hamba- hambanya yang sentiasa berusaha dan berdoa kepada-Nya.

Selepas ini sudah pasti semua calon akan berkira - kira untuk membuat pemilihan samada untuk kekal di bumi tarbiyah SHAMS atau berpindah dan membuat pilihan samada ingin mengambil aliran sains atau sastera. Pesanan diperingkat murobbi buatlah pertimbangan yang sewajarnya supaya pilihan yang akan dibuat benar - benar tepat. Disamping bertanya kepada mereka yang berpengalaman,jangan lupa kita ada yang lebih berkuasa untuk menentukan pilihan tersebut iaitu ALLAH. Buatlah solat istikharah untuk memohon kepada illahi agar keputusan yang dilakukan mencapai keredhaaannya.Kerana sebagai seorang hamba yang lemah,Allah jualah tempat untuk kita bergantung.Mudah-mudahan pesanan ringkas ini dapat membantu kalian membuat keputusan terbaik dalam masa yang sama kita berusaha untuk mencapai keredhaaan-NYA 

Senarai Organisasi Murobbi BADAR SMKA SHAMS 2012

Thursday, December 22, 2011



Pengerusi: Pn. Hjh Lailawati Ahmad ( Pengetua Cemerlang )

Timb. Pengerusi: Pn. Hjh Asmah Abd Rahim ( GPK HEM )

Naib Pengerusi 1: Tn. Hj.Norazam Hj. Nayan ( GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2 :  Pn. Hjh Habidah Abd. Latiff ( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi 3: En. Mohd Azimi Othman ( GPK TING. 6 )

Pegawai KPI BADAR: Pn.Nahayati Abd. Ghani

Setiausaha: En. Mohd Khairul Hidayat Berahim

Pen. Setiausaha: Cik Masyitoh Yaacob

Penyelaras Bilik: Pn. Zahariah Buntal


AJK:

Pn. Noor Bee Alias

Pn. Aisah Asmam

Pn. Sawiyah Zainal

Pn. Sharidah Ibrahim

Pn. Hjh Aminah Rahman

Pn. Nurhidayu A. Rahman

En. Mohammad Faisal bin Kamis

Semua Guru Pend. Islam & B. Arab

Aku, BADAR dan PERUBATAN

Wednesday, December 21, 2011

Dulu, masa mula-mula masuk SMKA SHAMS, aku tak tahu pun BADAR tu apa. Tahu-tahu je wajib datang usrah setiap hari Isnin. Orang panggil usrah BADAR. So aku ingat BADAR tu sekadar usrah la. Lepas kelas, duduk dalam satu kumpulan, ada senior yang membebel itu ini. Lepas sejam, tutup buku usrah, balik. Macam tu lah setiap minggu. Memang aku tanamkan dalam fikiran bahawa BADAR itu sekadar usrah setiap hari Isnin. Sampai tingkatan 3 aku masih berfikiran sedemikian.

Naik tingkatan 4, aku dilantik menjadi Ketua Pelajar (pengawas). Pada masa yang sama, terpilih sebagai salah seorang pimpinan BADAR. Aku tercengang. Dalam fikiran aku, BADAR masih lagi sekadar usrah hari Isnin. Masa tu memang rasa nak tolak perlantikan tersebut. Tapi aku fikir why not give it a chance? Mana tahu ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat aku. Perancangan Allah adalah yang terbaik.


Maka aku pun mula mengenal apa itu BADAR. Rupanya ia bukan sekadar usrah semata-mata. Malah lebih dari itu. Bak kata Ustazah Syakirah, "BADAR lah yang bertanggung jawab membentuk sahsiah pelajar-pelajar SHAMS,". Makin hari aku makin faham apa yang dibawa oleh BADAR. Aku bukannya bekerja seorang, tetapi bersama saf kepimpinan yang cukup aku hormati. Sebagai pimpinan, kami mentarbiyah, pada masa yang sama, ditarbiyah. Sebagai pimpinan, kami merancang dan menguruskan macam-macam aktiviti untuk dilaksanakan. Kem latihan naqib, usrah, kursus imam-imam, bengkel pembangunan insan, motivasi penghayatan Islam, kuliah pengajian kitab, mahabbatur Rasul dan banyak lagi. Pelbagai pengalaman pahit, manis dan payau yang aku terima sepanjang bersama dengan BADAR. Ada masanya, rasa lemah semangat. Rasa tak mampu nak pikul tanggung jawab besar itu. Besarnya melebihi Gunung Everest. Itulah amanah. Akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tapi di saat lemah, kata-kata Ustazah sentiasa menjadi pembakar semangat. "Bila kita bantu agama Allah, nescaya Allah bantu kita,". Aku yakin dengan ayat tersebut. Aku yakin kerja-kerjaku dalam BADAR adalah kerja-kerjaku untuk umat Islam. Kerana BADAR lah SMKA SHAMS aku anggap sebagai bumi tarbiyah di zaman persekolahan dulu. Dan sekiranya aku tidak dilantik menjadi pimpinan suatu masa dahulu, sudah tentu aku masih menganggap BADAR hanyalah usrah semata-mata. Tiada usaha untuk memahami kebenarannya. Sama juga seperti pelajar-pelajar lain yang tidak berminat melibatkan diri dengan program BADAR. Sudah tentu mereka merasakan semuanya hanya buang masa. Aku tak salahkan mereka. Cuma diri sendiri lah yang rugi.

Tiba di bumi Mesir, tiada lagi BADAR seperti di sekolah dulu. Ada PERUBATAN. Aku teringat kembali zaman-zaman muda remaja dulu, aku jenis yang tak ambil kisah hal sekeliling. Hanya apabila diberi tanggung jawab, barulah tergopoh-gapah cuba mengambil tahu. Aku tak mahu lakukan kesilapan yang sama. Aku bukakan hati untuk menerima dan mengenali PERUBATAN. Dasarnya Al-Quran dan as-sunnah, sama seperti SHAMS, dan sudah tentu, BADAR. Apabila dasarnya sudah sama, tentulah matlamat juga sama. Maka aku mula menjinak-jinakkan diri mengenali PERUBATAN. Ya, PERUBATAN bukan sekadar SC (Smart Circle) semata-mata. Bukan juga sekadar aktiviti medik sahaja. Bukan pula sekadar menjaga kebajikan. Walaupun namanya persatuan PERUBATAN, tapi konsepnya adalah seperti sebuah jemaah. Di dalamnya kita ditarbiyah serta mentarbiyah. Bersamanya kita belajar untuk membentuk diri. Memang benar, jika kita tidak bersama dengan PERUBATAN, memang kita tidak tahu apa di dalamnya. Sama keadaannya seperti aku dan BADAR suatu ketika dahulu. Jika tak sertai, memang kabur habis, rasa macam tak ada apa-apa. Kuncinya adalah dengan menyertai dan melibatkan diri.


Apa yang aku suka tentang PERUBATAN, tiada diskriminasi di dalamnya. Bukan hanya pelajar bertudung labuh yang boleh sertai. Bukan hanya pelajar dapat pangkat mumtaz boleh libatkan diri. Tapi ia terbuka untuk semua pelajar PERUBATAN tanpa mengira asal, sekolah lama, pemikiran, keturunan, keputusan peperiksaan, gaji ibu bapa dan apa sahaja aspek yang boleh menjadi isu diskriminasi. Secara peribadinya, aku menganggap PERUBATAN adalah kesinambungan daripada BADAR. Pentarbiyahan berterusan. Pembentukan diri masih diteruskan. Oleh kerana itu, amat rugi jika aku berfikiran sempit dan tidak membuka hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Dalam PERUBATAN sudah ada macam-macam. Apa lagi yang aku inginkan? Syukur ku kepada Allah kerana adanya kesinambungan, adanya cara untukku meneruskan pengislahan dan pembentukan diri di bumi Mesir.

Selaku manusia yang pernah menjadi pimpinan (BADAR) yang bekerja merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat orang lain, pada masa yang sama menjalankan tanggung jawab sebagai pelajar, aku harap agar pimpinan PERUBATAN terus gagah dan cekal menjalankan amanah masing-masing. Allah tengok usaha, bukan hasilnya. Moga-moga segala usaha kalian diberkati Allah.

Selaku manusia yang pernah menjadi ahli biasa (BADAR) yang asalnya malas nak ambil tahu dan berat tulang nak libatkan diri dalam program, aku nasihatkan kepada ahli biasa (PERUBATAN) yang lain agar bukakanlah hati kalian untuk menerima apa yang dibawa oleh PERUBATAN. Fikirkanlah....mereka (pimpinan) buat macam-macam bukan untuk diri sendiri, tapi untuk manfaat kita semua. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka yang memikul amanah besar itu. Marilah kita bersama membantu mereka. Jika tidak mampu membantu, sokonglah mereka walau dengan sekadar menyertai aktiviti. Mereka juga manusia, mereka juga pelajar, mereka juga hamba Allah, sama seperti kita.

Hakikatnya masing-masing tidak sempurna, semua ada kekurangan. Tapi itulah hikmahnya kita berada dalam PERUBATAN, saling melengkapi.

Semoga coretan ini dapat membuka hati dan minda kita semua

Hijrah Menuju Allah - Salam Ma'al Hijrah 1433H

Saturday, November 26, 2011



Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Sunnah Berjuang

Monday, November 7, 2011

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang..


Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H

Saturday, November 5, 2011



فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Antara cara untuk kita buktikan tanda syukur ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban ini ialah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah. 

Nikmat hari raya ini bukan bertujuan untuk berseronok mengikut hawa nafsu sebaliknya disambut bawah naungan wahyu illahi sehingga kita lahir sebagai umat yang bertaqwa, yang bahagia di dunia dan akhirat.

- Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H-

Semoga Berjaya Dengan Cemerlang!

Friday, September 30, 2011


Tanggal 4 Okt 2011 semakin hampir,sudah pasti semua calon peperiksaan PMR merasai kehangatan bahangnya peperiksaan tersebut.Bagi calon PMR SMKA SHAMS 2011,tarikh ini bakal menjadi tarikh penting untuk mencipta kegemilangan setelah mana 3 tahun menuntut ilmu di bumi tarbiyah SMKA SHAMS. Secara realitinya,jangan kita lupa hadaf (tujuan) menuntut ilmu adalah kerana Allah.Namun sebagai wasilah untuk mencapai keredhaan Allah,sewajarnya kita sebagai umat Islam bersungguh -sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan.Oleh itu,kejayaan yang cemerlang perlu dicapai untuk menuju redha-Nya.

Kami selaku murobbi yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk mendidik dan membimbing pelajar - pelajar akan sentiasa bermohon dan bermunajat kepada illahi agar semua calon PMR SMKA SHAMS 2011 dikurniakan ketenangan dan kesihatan seterusnya mencapai kecemerlangan.InsyaAllah,jika usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh,nescaya Allah akan perkenankan.

Diharap semua calon bersedia dari sudut jasmani,emosi,rohani dan intektual untuk menghadapi peperiksaan tersebut.Teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah.Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik anda!

لو كان بيننا الحبيب

Thursday, September 1, 2011



لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين


If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w )

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H

Friday, August 26, 2011


Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, dan keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun adakah kita bersedia untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang sebelum tibanya Ramadan semula. Justeru marilah bersama - sama kita berdoa dan meningkatkan amal ibadah dipenghujung ramadan ini.Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi segala macam ujian yang diberikan.

Dikesempatan ini,saya mewakili murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said,Seremban mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H kepada semua warga SHAMS yang dikasihi dan disayangi.Seinfiniti kemafaan dipohon jika terdapat hak yang sepatutnya ditunaikan tidak dapat ditunaikan dan jika terdapat khilaf yang menyebabkan hati - hati tercalar,mohon di maafkan.

Bagi semua pelajar tingkatan 5 yang akan meneruskan peperiksaan percubaan SPM dan semua pelajar tingkatan 6 yang akan memulakan peperiksaan percubaan STPM selepas Hari Raya Aidil Fitri,teruskan fokus dan momentum anda kepada pelajaran. Anggaplah ini sebagai satu cabaran dan ujian yang harus ditempuhi.Sedia maklum kehidupan ini dihiasi dengan pelbagai ujian dan cabaran.InsyaAllah kami yakin,jika anda berusaha dengan bersungguh -sungguh sudah pasti akan menatijahkan kejayaan yang membanggakan.Begitu juga pelajar tingkatan 3,peperikaan PMR semakin menghampiri anda.Teruskan usaha dan berharap kepada Allah dipenghujung masa ramadan ini. Anda semua adalah generasi yang mampu mencipta sejarah kejayaan sekolah!

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Penyelaras BADAR SMKA SHAMS
Sesi 2011

" Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H"

Program Tazkirah Ramadan SMKA SHAMS

Wednesday, August 3, 2011


Sepanjang Bulan Ramadan 1432H, pihak Jawatankuasa Program Ramadan Madrasah Tarbiyah ( RAHMAT 11' ) akan mengadakan beberapa siri tazkirah Ramadan bagi mengimarahkan bulan Ramadan sebagai madrasah tarbiyah untuk umat Islam menyucikan jiwa. Berikut merupakan maklumat program:

Tazkirah 1
Penceramah : Ustaz Azrul Azlan Bin Iskandar Mirza ( Pensyarah USIM )
Tarikh:8 Ogos 2011
Masa: 1.15 ptg - 2.15 ptg
Tempat : Surau al-Hidayah,SMKA SHAMS
Tajuk : Ramadan Madrasah Tarbiyah

Tazkirah 2
Penceramah : Tuan Haji Norazamir bin Alias ( Timb. Mufti N.Sembilan )
Tarikh:15 Ogos 2011
Masa: 1.15 ptg - 2.15 ptg
Tempat : Surau al-Hidayah,SMKA SHAMS
Tajuk :Ibrah Di Sebalik Peristiwa Nuzul Al-Quran

Tazkirah 3
Penceramah : Ustaz Mohd Shahrizan Ibrahim ( Penolong Pengarah Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS )
Tarikh:22 Ogos 2011
Masa: 1.15 ptg - 2.15 ptg
Tempat : Surau al-Hidayah,SMKA SHAMS
Tajuk : Ramadan Terakhir

" Jom Tingkatkan Ibadah! "

Program Tahlil Arwah Sempena Ramadan

Friday, July 29, 2011

BORANG PENDAFTARAN TAHLIL
SMKA SHEIKH HJ. MOHD SAID,SHAMS
SEMPENA RAMADAN 1432H
_____________________________________________________________________
Assalamualaikum W.B.T

Sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ini, pihak SMKA Sheikh Hj. Mohd Said,Seremban (SHAMS) akan mengadakan Tahlil Arwah selepas solat tarawikh di Surau al-Hidayah SMKA SHAMS.Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyertainya bolehlah melengkapkan borang dibawah

A. MAKLUMAT PERIBADI

1. Nama Penuh: ______________________________________________________________

2. Alamat Rumah: ______________________________________________________________

3.Telefon (rumah/hp): ______________________________________________________________

4. Emel : ____________________________________________________________________

BIL NAMA
1.......................................................................................................................................
2.......................................................................................................................................
3........................................................................................................................................
4 .......................................................................................................................................
5........................................................................................................................................

Nota: Jika ruang ini tidak mencukupi sila gunakan borang tambahan. Tiada penetapan had sumbangan bagi menyertai ibadah tahlil arwah ini.

Akad: Bersama-sama ini saya sertakan wang sebanyak RM ……………. sebagai sedekah jariah untuk majlis tahlil arwah kepada penama di atas, dan bersetuju wang jariah ini dibelanjakan bagi tujuan kebajikan dan pengimarahan aktiviti Dakwah di SMKA SHAMS.

Terima Kasih

________________________
(                                              )

Tarikh :


U.P : Maklumat lanjut,anda boleh menghubungi Ust. Mohd Khairul Hidayat Berahim (013-2007425),  Penyelaras Tahlil Arwah SMKA SHAMS.

Khutbah Rasulullah S.A.W menjelang Ramadan


WAHAI MANUSIA,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
...
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin. Muliakan orang tuamu, sayangi yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu,pelihara lidahmu, kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”

Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)

Ahlan Ya Ramadan

Monday, July 25, 2011


ATUR CARA

24 SYA’BAN 1432H/ 25 JULAI 2011
( ISNIN )

7.25 am : 
  • Kehadiran Pentadbir
  •  Ucapan Pengerusi Majlis
  •  Nasyid Asma’ul Husna
  •  Bacaan Ikrar
  •  Laporan guru bertugas mingguan

7.35 am : 
  • Majlis dikelolakan oleh Sekretariat Pelajar RAHMAT 11’

7.40 am : Taklimat Khas Program RAHMAT 11
  • En. Mohd Khairul Hidayat Berahim ( Setiausaha RAHMAT 11’ )

7.50 am : 
  • Ucapan Perasmian
        Pn. Hjh Lailawati binti Ahmad
        Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS

8.10 am : Tayangan Video

8.15 am : Ceramah Ambang Ramadan

9.30 am : Penyampaian cenderamata

9.40 am : 
  • Bacaan doa 
  • Majlis bersurai


Tahniah dan Takziah Kepimpinan BADAR SMKA SHAMS Sesi 2011/2012

Saturday, July 16, 2011

KEPIMPINAN BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN ( BADAR )
SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN SESI 2011/2012

PRESIDEN BADAR : Wan Amir Asyraf Romlee
TIMB. PRESIDEN : Atiffah Zawani Abd Razak
SETIAUSAHA : Mohd Zaidi Baharuddin
TIMB.SETIAUSAHA : Nurul Nabiha Mohd Zain
BENDAHARI : Mohd Sulhi Abu Samah
TIMB. BENDAHARI : Lyana Shuhaida Huzaizi

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH
Pengerusi : Alif Ikmal bin Baharuddin
Timb. Pengerusi : Robiatul Adawiyah Mohd Nooh

LAJNAH USRAH DAN TARBIAH
Pengerusi : Mohd Firdaus Razis
Timb. Pengerusi: Nur Athirah Affandi

LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
Pengerusi : Mohamad Amirul Mohd Yaakob
Timb. Pengerusi: Mimi Farah Mohamad Jazman

LAJNAH CERAMAH DAN PENERANGAN
Pengerusi: Faridzamir Rifin
Timb. Pengerusi: Aida Nabila Mohd Sofie

LAJNAH NADWAH DAN KEPIMPINAN
Pengerusi : Abdul Khalid Mauluddin
Tim. Pengerusi: Nur Aisyah Jamaluddin

LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Pengerusi : Mohd Sulhi Abu Samah
Timb. Pengerusi: Lyana Shuhaida Huzaizi

LAJNAH DOKUMENTASI DAN PENYELIDIKAN
Pengerusi: Muhammad Farhan Izzat Hamran
Timb. Pengerusi : Nurina Hadhira Selamat

Muktamar Sanawi BADAR SMKA SHAMS Sesi 2010/2011

Friday, July 15, 2011


8.00 mlm : Kehadiran tetamu jemputan
8.15 mlm : Ucapan Pengerusi Majlis
                    Bacaan Al-Quran
8.35 mlm : Ucapan Guru Penasihat BADAR
8.45 mlm : Ucapan Perasmian
                    Tayangan Slide Show
                    Penyampaian Cenderamata
9.20 mlm : Rehat
9.30 mlm : Ucapan Pengerusi Muktamar
9.35 mlm : Ucapan Presiden BADAR dan soal jawab
9.50 mlm: Pembentangan setiausaha dan sesi soal jawab
10.00 mlm : Pelantikan Kepimpinan Baru sesi 2011/2012
10.20 mlm: Usul dan cadangan
10.30 mlm:Ucapan Penangguhan Presiden BADAR sesi 2011/2012

KULIAH KHAS: FIQH MUSLIMAH

Wednesday, June 29, 2011


Jom Kita Membudayakan Ilmu di Bumi SHAMS!

BICARA AD-DEEN SEMPENA ISRA' DAN MIKRAJ

Friday, June 24, 2011


Semua Warga SMKA Sheikh Hj. Mohd Said( SHAMS ) Di jemput hadir

MESYUARAT BADAR KALI KE-2 SESI 2011

BADAN AGAMA DAKWAH AKHLAK DAN ROHANI
SMKA SHEIKH HJ. MOHD, SAID, SEREMBAN
______________________________________________________________________________
Pn. Hjh. Lailawati bt. Ahmad        Pengetua Cemerlang
Pn. Hjh. Asmah bt. Abd Rahim     Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Darnawati bt. Omar                 Guru KPI BADAR
Pn. Surahaya bt. Ismail                 Guru Kanan Bidang Pengajian Islam
En. Mohd. Khairul Hidayat bin Berahim
Pn Zahariah bt Buntal

AJK BADAR :
Pn. Nahayati bt Abdul Ghani          En. Mohd. Fakhruddin bin Khalid
En. Mohd. Zaini bin Sejo                  En. Mohd. Hafiz bin Hassan
Pn. Hjh. Aminah bt Rahman           Pn. Sawiyah bt Zainal
Pn. Noor Bee bt Alias                       Pn. Sharidah bt Ibrahim
Cik Nurhidayu bt. A. Rahman        Pn. Aisah bt Hasmam
Cik Masyitoh Yaacob

Tuan / Puan

MESYUARAT BADAR KALI KEDUA 2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 24 Jun 2011
Hari     : Jumaat
Masa   : 2.30 petang
Tempat : Bilik BADAR Perdana, SMKA SHAMS

2. Agenda mesyuarat :
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas
2.3 Perkara berbangkit
2.4 Penyelarasan Belanjawan
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut dengan membawa minit mesyuarat yang lalu. Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”

Yang menurut perintah,

........................tt................................
(HJH LAILAWATI BINTI AHMAD)
Pengetua Cemerlang,
SMKA SHAMS Seremban

BADAR SMAP Kajang

Monday, June 20, 2011


20 Jun 2011-Murobbi BADAR SHAMS mengalu-alukan kedatangan BADAR SMAP Kajang ke SHAMS pada pagi ini bagi tujuan mengadakan Perkongsian Pintar mengenai BADAR.Semoga perkongsian pintar ini dapat memberi manfaat bersama seterusnya dapat menyuburkan kembali aktiviti - aktiviti dakwah di sekolah - sekolah.

Magnet Cinta Illahi

Saturday, June 18, 2011


Firman Allah SWT :


Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.(al- Baqarah: 165)
Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.

Abstrak BADAR Perdana SHAMS

Saturday, May 28, 2011

KEWUJUDAN BADAN AGAMA, DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI ( BADAR ) DALAM MEMBENTUK SAHSIAH UNGGUL MURID

Mohd Khairul Hidayat bin Berahim
SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban ( SHAMS )

Abstrak

Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani maka Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani atau singkatannya BADAR diwujudkan. Tujuannya adalah untuk melahirkan murid yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Seterusnya murid ini diharapkan menjadi pemimpin yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang mapan pada masa akan datang. SMKA Sheikh Hj. Mohd Said Seremban ( SHAMS ) merupakan antara sekolah yang terawal menubuhkan BADAR iaitu pada 12 Febuari 1992. Tujuan asal penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi yang menyeru kearah yang makruf dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Bagi memastikan hasrat tersebut dicapai, pihak sekolah telah menjadikan BADAR sebagai persatuan wajib bagi semua murid. Usrah dijadikan aktiviti utama BADAR disamping pelbagai aktiviti harian, mingguan, bulanan, berkala dan tahunan yang dirancang bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ditambah dengan dengan beberapa modul yang dihasilkan seperti modul jati diri, insan mutadayyin, kepimpinan, budaya ilmu, budi bahasa, pengurusan masa dan imej mahmudah memperkukuhkan lagi usaha – usaha murni untuk menerapkan nilai – nilai Islam dikalangan murid. Hari ini BADAR telah dijadikan salah satu bidang kebitaraan kluster sekolah. Lebih istimewa lagi BADAR SMKA SHAMS telah menjadi rujukan penting dalam pembangunan sahsiah murid. Pada tahun 2006, pihak JAPIM telah bersetuju untuk menjadikan buku sukatan Usrah BADAR SMKA SHAMS sebagai buku panduan usrah diperingkat kebangsaan bagi seluruh SMKA di negara ini. Sementara itu segala aktiviti BADAR, modul serta program yang dilaksanakan juga telah menjadi penanda arasan bagi sekolah-sekolah lain.