ENGKAUlah Tujuanku

Friday, September 6, 2013



TUHANku…. 
Tanpa-MU siapalah aku 
Mungkin hanya manusia yang tidak tahu 
Dari mana datangnya aku dan kemana pula hala tuju 

TUHANku….
Bagaimana untuk aku katakana kepada –MU 
Bahawa rasa rindu ini semakin hari semakin mendalam 
Dalam jejak yang telah aku lalui 
Aku hanya ingin mencari keredhaan-MU 

TUHANku… 
KAUlah tujuanku 
Tidak pernah mahu aku berpaling daripada-MU 
Kerana kelak aku pasti berhadapan dengan-MU 
Dan KAUlah yang berhak mengadiliku 

TUHANku… 
Berilah aku kekuatan 
Perjalanan ini masih lagi perlu aku tempuh 
Walaupun aku tidak tahu 
Bila masanya KAU akan menjemputku pulang ke sisi-MU 
Kuatkanlah azamku untuk memikul perjuangan ini 
Meskipun hatiku terlalu rindu pada-MU….. 

 Nukilan: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat 
( Bicara Ini Demi Illahi )

0 comments:

Post a Comment