Tentatif Kem Latihan Nuqaba' 2011

Friday, January 28, 2011

28 JAN 2011 ( JUMAAT )

4.00 petang : Pendaftaran dan Solat Asar Berjamaah

5.15 petang : Taklimat
- Taklimat Disiplin oleh Urusetia KLANA
- Pembentangan Peraturan dan Etika KLANA
- Lagu tema program

6.30 petang : RESOMA (Rehat, Solat, Makan)

7.30 petang : Solat Maghrib berjemaah

8.00 malam : Kuliah Maghrib 1
Amanah dan Tanggunggjawab Seorang Naqib
En. Norazman Mohamad

8.45 malam : Solat Isyak berjemaah

9.15 malam : Talk 1
Usrah dan Kepentingannya dalam Pembentukan Sahsiah
Encik Mohd Hapizi bin Mohamad Ali

10.30 malam : Rehat / Minum malam

10.45 malam : LDK 1

11.15 malam : Himpun Daya

29 JAN 2011 ( SABTU )

5.00 pagi : Qiyamullail

5.30 pagi : Solat Subuh berjemaah
Tazkirah 1 : Ikhlas Dalam Amal Islami
Encik Mohd Fakhruddin Khalid

7.00 pagi : Riadah

8.00 pagi : Khidmat diri dan sarapan

9.00 pagi : Talk 2
Bekalan Bagi Seorang Naqib
Encik Khazri Osman

10.30 pagi : Rehat dan Solat Dhuha

11.00 pagi : LDK 2

12.30 tgh hari : RESOMA

2.30 petang : Talk 3
Kemahiran Pengendalian Usrah yang berkesan
En.Mohamad bin Mohshin

4.00 petang : LDK 3

4.30 petang : Solat Asar dan bacaan Zikir Al Mathurat

5.30 petang : Persediaan BBQ

6.30 petang : Khidmat diri / makan malam

7.30 petang : Solat Maghrib berjemaah

8.15 malam : Jamuan Nuqaba’ 2011

9.00 malam : Solat Isyak

9.30 malam : LDK 4

11.00 malam : Himpun daya

30 JAN 2011 ( AHAD )

5.30 pagi : Solat Subuh berjemaah
Tazkirah 2: Kebersamaan Ukhuwah dalam Dakwah
En. Mohd Hafiz Hasan

7.30 pagi : Sarapan

8.00 pagi : Slot BADAR dan Lajnah Usrah dan Tarbiyah

9.00 pagi : Sidang Pleno dan Resolusi

10.00 pagi : Majlis Penutup & Penyampaian Sijil/ Cenderamata

11.30 pagi : Doa Wehdah
Bersurai

"Selamat Berprogram Kepada Semua Nuqaba' dan Naqibah "

PRA KLANA 2011 : 7 PETUA MENJADI NUQABA’ BERJAYA

Saturday, January 22, 2011



Petua 1: Kenali Ahli Usrah
Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. 

Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat dan sesuai dengan peribadi tertentu.

Petua 2: Rancang Program Pengisian
Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

Petua 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan
Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

Petua 4: Bertindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung
Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah. Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.

Petua 5: Berikan Kerja kepada Ahli
Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabila diamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan dengan naqib.

Petua 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan
Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara
cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:

6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.

6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.

6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahliahlin usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.

6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.

Petua 7: Sediakan Laporan Penilaian
Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.

Jika kemahiran ini digunakan dengan betul dan mengikut situasi, ia akan memberi kesan positif kepada ahli usrah seperti:

  1. Menguatkan ikatan hati, persaudaraan dan kasih sayang antara ahli dan Nuqaba’.
  2.  Membina kepercayaan ahli terhadap Nuqaba’.
  3.  Menarik minat ahli untuk menyertai usrah seterusnya.
  4.  Ahli tidak merasa bosan dengan usrah yang dijalankan.
  5.  Usrah tidak berlangsung dalam keadaan kaku dan jumud, ia akan hidup dan menyeronokkan.
  6.  Ahli dapat memahami apa yang disampaikan oleh Nuqaba’
Semoga menjadi Nuqaba' Yang Berjaya !

Kem Latihan Nuqaba' ( KLANA 11) kembali lagi.....

Thursday, January 20, 2011


Tarikh   : 28 - 30 Januari 2011
Tempat : SMKA Sheikh Haji Mohd Said,Seremban.
Objektif :
  • Memberi kefahaman yang jelas tentang peranan dan kepentingan usrah dan naqib.
  •  Melatih para nuqaba’ dengan kemahiran mengendali dan menguruskan usrah yang berkesan
  •  Membimbing para nuqaba’ memahami sukatan usrah dan cara penyampaiannya.
  •  Menyedarkan para nuqaba’ untuk menghayati peranan mereka sebagai naqib

Perhimpunan Kokurikulum

Monday, January 17, 2011

Tahniah pimpinan Badan Agama,Dakwah,Akhlak dan Rohani ( BADAR ) SMKA Sheikh Hj Mohd Said Sesi 2011 kerana berjaya mengadakan Perhimpunan Kokurikulum yang cukup hebat dan mantap pada tanggal 12 Safar 1432H/17 Jan 2011 di Dewan Ibnu Abbas SMKA Sheikh Hj. Mohd Said. 

Saya selaku Penyelaras BADAR SHAMS Sesi 2011 mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen para pelajar dan guru yang bertungkus lumus menyiapkan persediaan kearah perhimpunan tersebut samada secara langsung atau tidak langsung.Saya percaya dan yakin walaupun para pelajar dan guru dihimpit dengan pelbagai tugasan sekolah dan akademik,namun amanah yang ditaklifkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.Begitulah ciri - ciri mukmin yang cemerlang,apabila diberi amanah berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakannya.

Saya juga mewakili warga kerja BADAR ingin merakamkan jutaan kemaafan atas kesilapan - kesilapan yang dilakukan semasa perhimpunan tersebut berlangsung samada secara sedar atau tidak.

Mudah- mudahan perhimpunan tersebut menjadi penanda aras badan - badan atau persatuan  - persatuan lain dibawah unit kokurikulum untuk menjayakan perhimpunan kokurikulum pada masa akan datang.

Syabas dan Tahniah buat warga kerja BADAR SHAMS sesi 2011!


Di sediakan Oleh:
Mohd Khairul Hidayat Berahim
Penyelaras
Badan Agama,Dakwah,Akhlak dan Rohani ( BADAR )
SMKA Sheikh Hj Mohd Said,Sesi 2011

Dakwah Dan Akademik ?

Friday, January 14, 2011

Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. [Surah Ali ‘Imran, 3 : 110]

REALITI DA’I

Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan pelajar ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.

Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam berusrah,mesyuarat dan menyertai program – program motivasi. Mudah kata, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai target minima. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan rakan – rakan pelajar, mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan,

“Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,”

Ada juga yang mengatakan,

“Itulah kau, kenapa soleh sangat?”

Dan bermacam-macam kata-kata yang 'memanaskan' telinga yang boleh didengari.

Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah akademik? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. [Surah Al-Qasas, 28 : 77]

Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan.

DAKWAH TERBILANG AKADEMIK CEMERLANG

Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.

Pengurusan Masa

“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata pujangga ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah menangguh.

Menangguh Kerja

Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti usrah, seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan.

Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.”

Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.

Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan.

Penangguhan adalah 'pembunuh' masa lapang

Mulakan dengan kelas. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh guru. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap pengajaran yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan guru dan bertanya. Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kelas yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa guru, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan.

Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh guru. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebih daripada 30 minit.

Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji

Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.[Surah Al-Hasyr, 59 : 18]

Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.

Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.

Semangat Berusaha
Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Surah Hud, 11 : 112]

Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.

Membayangkan Apa yang Akan Dicapai

Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah.

Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlak dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.

Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi

Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya.

Antara kata-kata yang disarankan ialah:
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [Surah At-Taubah, 9 : 24]

Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Surah Al-Baqarah, 2 : 233]
Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,[Surah Al-Mu’minun, 23 : 1-3]

Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.[Surah Muhammad, 47 : 7]

Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.

Kesimpulan : BERUSAHALAH WAHAI PARA DA’I

Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Surah Al-Ankabut, 29 : 69]

BIDANG TUGASAN LAJNAH BADAR SMKA SHAMS SESI 2011

Wednesday, January 12, 2011

LAJNAH USRAH DAN TARBIAH
Penasihat : En. Mohd Khairul Hidayat Berahim
                   Pn. Zahariah Buntal
Pengerusi: Muhammad Farhan Norhizam
Timb. Pengerusi : Amierah Abdullah
Bidang Tugas :
 Menyusun atur program usrah bagi semua pelajar SMKA SHAMS
 Mengurus perlantikan naqib dan naqibah serta pembahagian usrah
 Merencanakan program pertarbiyahan khusus untuk naqib seperti Kem Latihan Naqib,Liqa’ Nuqaba’ dan Liqa’ Penyelarasan Usrah.
 Melakukan pemantauan bagi memastikan disiplin dan sahsiah pelajar ketika aktivi usrah berjalan
 Memastikan kehadiran pelajar semasa usrah bagi tindakan susulan
 Memastikan pentarbiyahan berlaku secara berterusan
 Menanamkan kefahaman Islam yang jitu dan tulen di samping mengeratkan ukhuwah Islamiyyah dikalangan pelajar

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH
Penasihat : En. Mohd Fakhruddin Khalid
Pengerusi : Muhammad Siddiq Abdullah
Timb Pengerusi : Nur Khalidah Mohd Amir
Bidang Tugas :
 Memastikan dan menyusun aktiviti yang berkaitan dengan rohaniah
 Bertanggungjawab memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan surau untuk keselesaan jemaah
 Memastikan pelajar menjalankan kefardhuan sebagai seorang Muslim seperti solat fardhu dan puasa di bulan Ramadhan
 Berusaha menyediakan masa terluang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah untuk santapan rohani pelajar
 Memastikan solat Jumaat berjalan lancar dan memberi keselesaan kepada jemaah di dalam mahupun dari luar
 Menjaga dan melaporkan keadaan kemudahan dan barangan musolla supaya berada dalam keadaan baik, tersusun dan boleh digunakan
 Memantau disiplin pelajar di surau dan membuat laporan terhadap masalah - masalah disiplin yang timbul dari perlaksanaan aktiviti surau

LAJNAH NADWAH DAN KEPIMPINAN
Penasihat : En. Mohd Hafiz Hassan
                    Pn. Noor Bee Alias
Pengerusi : Mohd Hafizi Rozali
Timb. Pengerusi : Ain Syahirah Muhammad
Bidang Tugas :
 Menyediakan latihan dan modul untuk pelapis kepimpinan.
 Memastikan kelancaran kem berkaitan tarbiyah dan kepimpinan BADAR SMKA SHAMS (KMPI, KEMAS, Bengkel Solat, KursusPemantapan Ibadah, Kursus Jenazah)
 Menguruskan pelajar – pelajar yang terlibat dengan out-reach
 Menyusun dan mengatur kelas fardu Ain dan memantau disiplin pelajar sepanjang kelas tersebut
 Menyusun aktiviti tasmik Al-Muzakkir dan ayat-ayat Al-Quran bagi pelajar - pelajar dengan kerjasama naqib dan naqibah


LAJNAH CERAMAH DAN PENERANGAN
Penasihat : En. Mohd Zaini Sejo
Pengerusi : Ahmad Hazimin Ahmad Kamal
Timb. Pengerusi : Mishkat Nur’Aisyah binti Ali
Bidang Tugas:
 Bekerjasama dengan lajnah-lajnah lain bagi menguruskan aktiviti ceramah-ceramah khas di sekolah dan asrama
 Memberi kefahaman tentang BADAR atau mauqif/pendirian umat Islam terhadap isu-isu semasa kepada pelajar
 Mengurus dan mengetuai kuliah 5 minit dan tazkirah
 Memperkenalkan BADAR kepada masyarakat
 Menyediakan dan menguruskan bahan - bahan informasi dakwah di papan kenyataan BADAR dari semasa ke semasa

LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
Penasihat : Cik Nurhidayu A. Rahman
Pengerusi : Muhammad Nazmi Hashim
Timb. Pengerusi : Nur Hanisah Baharuddin
Bidang Tugas :
 Menyampaikan informasi dakwah dalam bentuk buletin BADAR mengikut bulan-bulan Islam
 Menyampaikan informasi BADAR dan Islam melalui risalah dan media baru seperti Blog,Facebook,Youtube dan sebagainya.
 Memberi pendedahan tentang dunia Islam melalui tayangan dan slide
 Melatih para AJK menyediakan bahan untuk edaran samada dari bahan bacaan, temubual dengan guru atau pihak lain atau dari internet
 Bekerjasama dengan biro penerbitan badan dakwah institusi luar yang sesuai untuk tujuan kepelbagaian bahan dan idea yang bernas.
 Bekerjasama dengan lajnah-lajnah lain dalam melaksanakan aktiviti –aktiviti BADAR

LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Penasihat : Pn. Sawiyah Zainal
                    Pn. Sharidah Ibrahim
Pengerusi : Wan Abd Rahim Wan Ismail
Timb. Pengerusi : Anis Farahin Shaharin
Bidang Tugas :
 Menjaga kebajikan penghuni asrama nagi memudahkan para pelajar melakukan ibadah kepada Allah
 Membuat laporan aktiviti lajnah setiap bulan
 Membuat penyata kewangan BADAR dari semasa ke semasa
 Mencari sumber kewangan tambahan untuk BADAR
 Mengadakan jualan di asrama sepanjang tahun
 Membuka gerai dan mengadakan jualan pada setiap program yang dianjurkan oleh BADAR
 Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap isu-isu kebajikan pelajar

LAJNAH DOKUMENTASI DAN PENYELIDIKAN
Penasihat : Pn. Hjh Aminah Rahman
                   Pn. Nuri Ab. Hak
Pengerusi : Mohd Nashriq Ismail
Timb. Pengerusi : Nur Farhiyah Zahar
Bidang Tugas:
 Mengadakan dan mengurus sistem fail BADAR
 Mengumpulkan maklumat dan dokumentasi BADAR dalam fail yang tersusun
 Merakam setiap peristiwa-peristiwa serta aktiviti yang berkaitan dengan BADAR
 Mengemaskini data-data yang berkaitan dengan BADAR di Bilik BADAR
 Memastikan peralatan-peralatan hak milik BADAR berada dalam keadaan selamat
 Merekodkan setiap pengambilan serta pengeluaran perkara-perkara yang berkaitan tentang BADAR
 Melaporkan sebarang kerosakan kemudahan dan peralatan di Bilik BADAR dan membuat tindakan yang sewajarnya
 Membantu persediaan di Bilik BADAR untuk sambutan tetamu
 Menjalankan kajian semasa kecenderungan pelajar terhadap BADAR dan program BADAR

MESYUARAT BADAR KALI PERTAMA 2011

BADAN AGAMA DAKWAH AKHLAK DAN ROHANI
SMKA SHEIKH HJ. MOHD, SAID, SEREMBAN
______________________________________________

Pn. Hjh. Lailawati bt. Ahmad Pengetua Cemerlang
Pn. Hjh. Asmah bt. Abd Rahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Nahayati bt Abdul Ghani Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Darnawati bt. Omar Guru KPI BADAR
En. Mohd. Khairul Hidayat bin Berahim
Pn Zahariah bt Buntal

AJK BADAR :
Pn. Nuri bt. Ab Hak
En. Mohd. Fakhruddin bin Khalid
En. Mohd. Zaini bin Sejo
En. Mohd. Hafiz bin Hassan
Pn. Hjh. Aminah bt Rahman
Pn. Sawiyah bt Zainal
Pn. Noor Bee bt Alias
Pn. Sharidah bt Ibrahim
Cik Nurhidayu bt. A. Rahman

Tuan / Puan


MESYUARAT BADAR KALI PERTAMA 2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 13 Januari 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik BADAR Perdana, SMKA SHAMS

2. Agenda mesyuarat :
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas
2.3 Perkara berbangkit
2.4 Agihan Tugas 2011
2.5 Program-program BADAR 2011
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”

Yang menurut perintah,

…………TT………………..
(MOHD. KHAIRUL HIDAYAT BIN BERAHIM)
Setiausaha BADAR
SMKA SHAMS Seremban

Cadangan Planner Usrah SMKA Sheikh Hj Mohd Said Sesi 2011

Saturday, January 8, 2011


Sila Klik Pada Planner Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

SAFF NUQABA’ USRAH SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID,SESI 2011



MUSLIMIN

NUQABA’ TINGKATAN 3
1. AHMAD ARIF ABU ZAIMAH
2. AHMAD ISMAIL AZAM
3. AHMAD SUBHI SUHAIMI
4. AMEERUL AKMAL AREEF AJEMEEK
5. MUHAMMAD AMIRUDDIN MAHADI
6. MUHAMMAD AZIQ KAKADAR OTHMAN
7. MUHAMMAD FADLY YOU SPEAK HILMI
8. MUHAMMAD FARIS NAZMI MOHD IBRAHIM I
9. MUHAMMAD IHSAN BIN MOHD SHAPENI
10. MUHAMMAD KAMIL ZAINULDIN
11. MUHAMMAD SAIFUL JEFRI
12. MUHAMMAD SHAFIQ MOHD ISKANDAR
13. MUHAMMAD SHAHIR AMIR AZMY
14. NORZAIMI ROSLE
15. YUSNORZARUL IZZUDIN MOHAMAD YUSOF


NUQABA’ TINGKATAN 4
1. FAKRUDDIN MUSTAFAL BAKRI
2. FARIDZAMIR RIFIN
3. MOHAMAD NAJMI AMINUDDIN
4. MOHD IZZAT FITRI NORAIBULLAH
5. MUHAMMAD ALIF IKMAL BAHARUDIN
6. MUHAMMAD AMIRUL MOHD YAAKUB
7. MUHAMMAD ASIF LILAH
8. MUHAMMAD ATHARI BASIR
9. MUHAMMAD FAIZZUAN HON REDZUAN HON
10. MUHAMMAD FAUZAN RAHIM
11. MUHAMMAD FIRDAUS RAZIS
12. MUHD FIRDAUS BISHAABIDIN
13. WAN AMIR ASYRAF BIN RAMLEE
14. ZAINUR IRSYADI ZAINAL

NUQABA’ TINGKATAN 5
1. AHMAD ASYRAFF SYAHMI MOHD NASIR
2. AHMAD HAZIMIN AHMAD KAMAL
3. AMEERUL AFIQEEN AJEMEEK
4. AMIRUL ASHRAF NGAIDIN
5. MOHAMAD FITRI KAMAROZAMAN
6. MOHD SYAMIRUL SULAIMAN
7. MUHAMMAD ADLI ABDUL MALEK
8. MUHAMMAD AKMAL AMRAN
9. MUHAMMAD AL-FATEH IBRAHIM
10. MUHAMMAD ALIFF IMRAN RAFIQUE ALI
11. MUHAMMAD AMIRUL AKHMAL NASARUDDIN
12. MUHAMMAD AZFAR AZHAR
13. MUHAMMAD AZRI MAT AZMI
14. MUHAMMAD FARHAN NOORHIZAM
15. MUHAMMAD FATHULLAH NORDIN
16. MUHAMMAD HAFIZI ROZALI
17. MUHAMMAD IHSAN MOHD JOHAN
18. MUHAMMAD NAZMI HASHIM
19. MUHAMMAD SIDDIQ ABDULLAH
20. MUKHLIS JAMIL
21. NUR MUHAIMIN AIDIL MUHAIMI
22. USAMAH HAFIZ JAAFAR


NUQABA’ TINGKATAN 6
1. WAN ABDUL RAHIM WAN ISMAIL
2. MOHD NASHRIQ ISMAIL
3. MOHD FAHKRUDDIN HASYIM
4. BURHANUDDIN RABBANI ABDUL SHUKOR
5. MUHAMMAD FAUZI AHMAD
6. MOHD ARIF JAINURY

MUSLIMAT

NAQIBAH TINGKATAN 3
1. AIZAH IZZATI ABD. RAZAK
2. AMIRAH ASYIQIN MOHD NIZAR
3. ARIFAH NABIHAH ZULKEFLI
4. EILYA EIZREEN ROSDI HISHAM
5. FARAH HAZIRAH ABD. HAMID
6. HADIERAH NUR RAHMAT
7. NIK NURUL ATIKAH NIK MOHD KARAMI
8. NOOR SYAHIRAH SYAFIQAH IBRAHIM
9. NUR ADHWA ZULAIKHA ZAKARIA
10. NUR ADIBAH SHAHROM
11. NUR ADILAH SHAHROM
12. NUR AQILAH AFAF AZIZ
13. NUR ATIQAH MOHD HAPIZI
14. NUR HAFIZAH ZAINOL HAMIZI
15. NUR HAZWANI ZABIDIN
16. NUR HIDAYAH MUNER
17. NUR SHAMIZAH AINA MUHD ESHAM
18. NUR SYUHADA USMAN
19. NURA RASYIDA ABD HALIM
20. SITI AISYAH ZAMRI
21. ZAHRATUN NISA' MAD ARIF

NAQIBAH TINGKATAN 4
1. AIDA NABILA SOPIEE
2. ATIFFAH ZAWANI ABD RAZAK
3. DURRAH DIYANAH JOHARI
4. LIYANA SHUHAIDA HUZAIZI
5. NAJIHAH ZULKEFLY
6. NOR ALIAH MOHD DALI
7. NUR AIN SYAQIRAH MOHD SAPIAN
8. NUR ANIS GHAZALI
9. NUR ATHIRAH MOHD AFFANDI
10. NUR FARHANA MOHD ZAKI
11. NUR ZIRAHMI ERIZAL
12. NURINA HADHIRAH SELAMAT
13. NURUL FATIN ZULKARNAINI
14. NURUL NABIHAH MOHD ZIN
15. SHAHIRAH JAFFRIDIN


NAQIBAH TINGKATAN 5
1. ADIBAH SYAKIRAH MOHD KAMIL
2. AIN NAJWA MOHD ZAM
3. AIN SYAHIRAH MUHAMMAD
4. ALIAH AMIRAH HAMZAH
5. ANIS FARAHIN SHAHARIN
6. AQILAH FARZANA MAHADI
7. ASMA' ZAINAL ARIFFIN
8. FASIHAH AQILAH AWANG
9. FATHIN NURIZATI SAMSUL
10. FATIN FARHANAH MOHD NAIM
11. FATIN SYAHIRAH AHMAD SAFRIN
12. MISHKAT NUR'AISYAH ALI
13. NABILAH AMINUDDIN JAFRY
14. NORAINA NORAZAM
15. NORHAFIFAH HAMZAH
16. NUR AFIFAH SHAMSURI
17. NUR AMALINA ISMAIL
18. NUR AMALINA ZULKEFLI
19. NUR AMIERAH ABDULLAH
20. NUR FARAHIYAH ZAHAR
21. NUR FAZIRA AMINORDIN
22. NUR HANISAH BAHARUDIN
23. NURUL AMIRAH SIDEK
24. NURUL HUSNA AHMAD YAKOB
25. NURUL SAHIRAH SALEH
26. SYAFIQAH MD ZIN
27. WAN NUR IZZATI WAN MOHD IZZUDDIN

NAQIBAH TINGKATAN 6
1. IZWATUL JANNAH ABD LATIF
2. KHAIRUL BARIYAH BORHAN
3. NADIA USNA RIVUAN
4. NUR FATIHAH ABD RAZAK
5. NUR KHALIDAH MOHD AMIR
6. NUR QAWIEMAH JAAFAR
7. RAFEAH ABD RAZAK
8. SALBIAH ABU BAKAR
9. SITI NOOR RADUAN
10. SITI NUR FARAH ABDULLAH

Takwim BADAR SMKA SHAMS Sepanjang Tahun 2011

Tuesday, January 4, 2011

  1.  KEM LATIHAN NUQABA’ : 28 – 30 JAN 2011
  2.  PELANCARAN USRAH : 31 JAN 2011
  3.  MINGGU MAHABBATUL RASUL : 14 – 24 FEB 2011
  4.  PELANCARAN PROGRAM DEMI MASA: 21 FEB 2011
  5.  LAWATAN KE BRUNEI : 12 – 14 MAC 2011
  6.  KEM ANAK SOLEH : 25 – 27 MAC 2011
  7.  MINGGU PEMUDA PEMUDI ISLAM : 11 – 21 APRIL 2011
  8.  KEM PEMANTAPAN AQIDAH : 1 – 3 JULAI 2011
  9.  MUKTAMAR SANAWI BADAR : 15 JULAI 2011
  10.  IHYA’ RAMADAN: 29 JULAI 2011
  11.  MALAM PENGHARGAAN NUQABA’: 9 SEPT 2011
  12.  BENGKEL STRATEGIK BADAR : 28 – 30 OKT 2011