Perhimpunan Kokurikulum

Monday, January 17, 2011

Tahniah pimpinan Badan Agama,Dakwah,Akhlak dan Rohani ( BADAR ) SMKA Sheikh Hj Mohd Said Sesi 2011 kerana berjaya mengadakan Perhimpunan Kokurikulum yang cukup hebat dan mantap pada tanggal 12 Safar 1432H/17 Jan 2011 di Dewan Ibnu Abbas SMKA Sheikh Hj. Mohd Said. 

Saya selaku Penyelaras BADAR SHAMS Sesi 2011 mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen para pelajar dan guru yang bertungkus lumus menyiapkan persediaan kearah perhimpunan tersebut samada secara langsung atau tidak langsung.Saya percaya dan yakin walaupun para pelajar dan guru dihimpit dengan pelbagai tugasan sekolah dan akademik,namun amanah yang ditaklifkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.Begitulah ciri - ciri mukmin yang cemerlang,apabila diberi amanah berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakannya.

Saya juga mewakili warga kerja BADAR ingin merakamkan jutaan kemaafan atas kesilapan - kesilapan yang dilakukan semasa perhimpunan tersebut berlangsung samada secara sedar atau tidak.

Mudah- mudahan perhimpunan tersebut menjadi penanda aras badan - badan atau persatuan  - persatuan lain dibawah unit kokurikulum untuk menjayakan perhimpunan kokurikulum pada masa akan datang.

Syabas dan Tahniah buat warga kerja BADAR SHAMS sesi 2011!


Di sediakan Oleh:
Mohd Khairul Hidayat Berahim
Penyelaras
Badan Agama,Dakwah,Akhlak dan Rohani ( BADAR )
SMKA Sheikh Hj Mohd Said,Sesi 2011

0 comments:

Post a Comment