MTAQ Peringkat Negeri Sembilan 2011

Monday, April 11, 2011


Pihak Murobbi BADAR SHAMS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Zainur Irsyadi bin Zainal, Naqib Usrah dari kalangan pelajar tingkatan 4 atas kejayaan menjadi Johan Tilawah al-Quran, MTAQ peringkat Negeri Sembilan. Secara langsung,beliau bakal mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan MTAQ Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

Dikesempatan ini juga Murobbi BADAR ingin mengucapkan tahniah kepada Nurul Husna binti Ahmad Yaakob, Timbalan Setiausaha BADAR 2010/2011 yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam Syarahan Spontan MTAQ Peringkat Negeri Sembilan.

Selain itu, SMKA SHAMS juga berjaya meraih Naib Johan Khat Perempuan MTAQ Peringkat N.Sembilan menerusi Adibah Mokhtar ,pelajar Tingkatan 2 Ihsan. Manakala Khat lelaki pula mendapat saguhati menerusi Ahmad Subhi bin Suhaimi, Naqib Usrah dari kalangan pelajar tingkatan 3.

Pihak Murobbi BADAR merakamkan ucapan syabas dan tahniah sekali lagi atas kejayaan Nuqaba' dan Naqibat SHAMS dalam pertandingan MTAQ Peringkat N.Sembilan.Semoga ia menjadi pendorong kepada yang lain dalam usaha mengharumkan nama SHAMS di persada Negara.Mabruk 'alaikum....

0 comments:

Post a Comment