Tahniah buat semua calon PMR SMKA SHAMS 2010

Friday, December 24, 2010


Saff Murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban mengucapkan tahniah buat semua calon PMR 2010 yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah dipersada negara. Disebalik kejayaan tersebut jangan kita lupa bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang diberikan.

Sebenarnya kejayaan dan kecemelangan itu adalah milik Allah,kita hanya mampu berusaha untuk mendapatkannya. Bagi yang kurang berjaya jangan mudah putus asa. Tingkatkan usaha pada masa – masa akan datang. InsyaAllah kejayaan anda akan menyusul jua…

Bagi murobbi BADAR anda semua tetap hebat dan memiliki potensi masing – masing sehingga dipilih masuk ke sekolah kluster kecemerlangan. Cuma sistem pendidikan negara yang mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa banyak A yang diperolehi bagi membezakan seseorang individu.

Buat akhirnya, Murobbi BADAR mengharapkan anda semua dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih aliran dan mungkin ada yang akan memilih sekolah lain. Disamping nasihat daripada ibu bapa,para guru dan rakan – rakan dalam membuat pilihan,jangan anda lupa bagaimana Islam mengajar seseorang itu dalam membuat pilihan iaitu mengadu kepada Allah melalui Solat Istikharah. Mudah- mudahan pilihan yang dibuat mendapat keberkatan daripada-NYA.

Sekali lagi Saff Murobbi BADAR mengucapkan syabas dan tahniah buat semua calon PMR 2010. Semoga kita dapat berjumpa semula dalam keadaan sihat dan ceria pada tanggal  3 Jan 2011.

0 comments:

Post a Comment