Murobbi BADAR SHAMS Sokong Perkenalkan BAS Khas Wanita

Thursday, December 2, 2010


Usaha Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) memperkenalkan bas khas wanita merupakan satu usaha yang terpuji. Sebelum ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan gerabak khas wanita dan ia mendapat respons yang positif daripada semua pihak.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, Rapid Bas Wanita itu diperkenalkan selepas kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah dengan gangguan seksual.

Diperingkat Murobbi BADAR SHAMS menyokong penuh usaha murni yang dijalankan oleh RapidKL dan berharap ia diperluaskan diseluruh Malaysia dalam usaha mengurangkan kadar gangguan seksual. Syabas buat RapidKL.

0 comments:

Post a Comment