Pelancaran Program Jom Tambah Ilmu! ( Kelas Fakulti Pengajian Islam ) BADAR SMKA SHAMS

Sunday, January 31, 2016

Program Jom Tambah Ilmu! ( JTI ) merupakan program yang dijenamakan semula daripada kelas Fakulti Pengajian Islam.Ia merupakan program rutin Badan Agama,Dakwah,Akhlak & Rohani           ( BADAR ) SMKA Sheikh Hj. Mohd Said.

Pelaksanaan program ini melibatkan pelajar - pelajar tingkatan 1 & 2 sebagai peserta dan tenaga pengajar terdiri daripada nuqaba' dan naqibat tingkatan 3,4 & 5.Antara perkongsian subjek yang diajar ialah aqidah,sirah,tamadun Islam & feqah.Waktu pelaksanaannya bermula daripada hari isnin hingga khamis daripada jam 6.30 petang  hingga 7.00 malam.


Antara objektif yang digariskan dalam program Jom Tambah Ilmu ( JTI ) ialah :
  • Melatih nuqaba' dan naqibat menyampaikan perkongsian ilmu
  • Melahirkan pelajar yang beramal dengan ilmu
  • Mencungkil bakat kepimpinan dalam diri pelajar
  • Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti kerohanian
Kami diperingkat murobbi BADAR mendoakan semoga program yang dilaksanakan ini berjalan lancar dan memberi impak yang baik kepada warga SHAMS dalam usaha memperkasakan iklim dini dibumi tarbiyah SMKA SHAMS...Siru ala Barakatillah...





0 comments:

Post a Comment