Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM

Saturday, November 3, 2012



Warga Murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said,Seremban (SHAMS) mengucapkan “Selamat Menduduki Peperiksaan” buat semua calon SPM dan STPM PPU 1 & PPU 2 yang akan bermula pada 5 Nov 2012. Diperingkat murobbi sentiasa mendoakan kejayaan anak – anak SHAMS kerana bagi kami kejayaan anda semua merupakan kebahagiaan dan kegembiraan bagi kami.

Tiada yang lebih indah dalam kamus kehidupan murobbi kecuali melihat anak – anak didik berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Pesanan murobbi,teruskan berusaha dengan gigih disamping berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sesungguhnya Allah sahaja yang berkuasa dan mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk anda semua. InsyaAllah,kejayaan dan pertolongan Allah itu sangat dekat bagi hamba-hambanya yang beriman dan bertakwa.

0 comments:

Post a Comment