عن أَََبِي يَعلَى شَدَّادِ بنِ أَوسٍ رضى الله عنه
قَالَ,قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم: الكَيِّسُ
مَن دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ اَتْبَعَ
نَفْسُهُ هَوَاهاَ وَتَمَنَّى عَلَى الله.
(رواه الترمذي )
Maksudnya :
“Daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah s.a.w.
bersabda:”Orang yang bijak ialah orang yang boleh menguasai dirinya serta
beramal untuk kehidupan sesudah mati. Orang yang lemah ialah orang yang
mengikut kehendak nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah”.
(Riwayat Tirmizi)
TIDAK seorang pun yang sudi digolongkan sebagai
orang yang jahil atau bebal, sebaliknya masing-masing ingin dipandang sebagai
orang yang bijak dan cerdik. Sekalipun mereka tidak berusaha untuk melayakkan
dirinya untuk digolongkan sebagai manusia bijak dan cerdik, malah tidak kurang
juga orang yang berlagak bijak meskipun dia sebenarnya adalah sebaliknya.
Ada orang yang mengukur kebijaksanaan seseorang itu
berdasarkan ijazah yang dimiliki, kerana orang yang lulus dalam sesuatu peperiksaan
hingga melayakkan mereka menerima ijazah itu, adalah bukti bahawa dia seorang
yang bijak. Si jahil adalah mustahil boleh mencapai segulung ijazah, kecuali
dia telah berusaha membuang kejahilannya dengan belajar bersungguh-sungguh.
Tidak dinafikan orang yang memiliki ijazah adalah
orang yang bijak, tetapi tidak pula bererti orang yang tidak memiliki ijazah
itu tidak bijak, kerana jika ditinjau dari kacamata Islam bahawa orang yang
beriman itu lebih bijak dari orang yang tidak beriman. Orang yang beriman
dianggap bijak oleh Islam kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa,
mengetahui rahsia disebalik alam barzakh. dan seterusnya mengetahui alam
akhirat kekayaan dari harta negara dengan memperalatkan kekuasaan yang
dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Peniaga yang amanah akan bersama para malaikat yang mulia di akhirat
kelak." dan pada hadith yang lain disebut: "Peniaga yang amanah akan
bersamaku (Rasulullah) di dalam syurga."
Natijah dari banyak mengingati mati itu akan
melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar
menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala.
Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu
adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan dia.
Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha
menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah, kerana
asas kepada keimanan ialah ilmu. Sebab itulah Allah Taala berjanji akan
mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana firman-Allah SWT:
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta
kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka
lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk
kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan
darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu
pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah
Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.
(Surah al-Mujadilah ayat 11)
Allah mengangkat darjat orang beriman dan berilmu
pengetahuan kerana mereka mempunyai asas yang kukuh untuk unggul ketaqwaannya,
berdasarkan bahawa hati mereka sentiasa mengingati mati, sangat sensitif
terhadap suruhan dan larang Allah, tidak mungkin mereka akan melanggar larangan
Allah Taala, kerana meninggalkan kefardhuan dan melakukan kejahatan akan
menyulitkan kehidupannya di alam barzakh dan di akhirat. Mereka sentiasa
gementar hatinya terhadap ancaman Allah. Seperti firman Allah yang bermaksud:
Dan demikian pula di antara manusia dan
binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang
berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut
(melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang
Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Mengingati mati tidak akan menimbulkan kesan yang
pasif atau negatif, sebagaimana anggapan setengah golongan orang yang tidak
memahami hikmah di sebalik zikrul maut itu. Ramai orang jahil berkata, jika
asyik ingat mati nescaya tidak akan membangun. Anggapan itu amat keliru kerana
pembangunan masyarakat manusia tidak hanya pembangunan benda, kerana
pembangunan benda tanpa pembangunan jiwa atau rohani pasti akan hancur binasa.
Dunia menyaksikan betapa kemajuan benda yang
dihasilkan oleh kepakaran manusia, kemudiannya dihancurkan oleh tangan manusia
sendiri. Los Angles sebuah bandaraya di Amerika musnah menjadi abu apabila
manusia merusuh, ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap sistem perundangan
yang tidak menghasilkan keadilan seperti yang mereka harapkan, khususnya ketika
membicarakan kes Rodney King.
Demikianlah nasib sebuah kotaraya yang disuburkan
dengan tamaddun kekufuran, akibat sistem perundangan ciptaan manusia yang tidak
berteraskan wahyu Ilahi, tanpa iman kepada Allah Taala, tiada kepercayaan
kepada hari pembalasan, sebab itulah perundangan mereka tidak menjanjikan
keadilan.
Andainya manusia membangun kebendaan dan
kemudiannya tangan mereka sendiri pula yang meruntuhnya, sudah nyata mereka
bukan golongan yang cerdik. Justeru orang yang bodoh dan dangkal saja yang
membina tamaddun benda semata-mata yang tidak menjanjikan kebahagiaan,
sebaliknya untuk mewarisi kesengsaraan.
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras,
serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya
apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.
Apabila nafsu yang ganas telah ditundukkan, maka
akan bertambah mudahlah usaha untuk membuat persiapan dan bekalan bagi
menghadapi suatu kehidupan abadi selepas mati. Justeru nafsu yang ganas itulah
yang selama ini menjadi penghalang, hendak menderma untuk kebajikan atau
perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak lagi keberatan kerana sifat bakhil
yang didalangi oleh nafsu itu sudah ditundukkan.
Orang yang tidak pernah mengingati mati adalah
orang yang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian.
Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup
dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat
sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia
yang tidak memilih kebahagiaan yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri
dari orang-orang yang dungu.
0 comments:
Post a Comment