Sesungguhnya kamu melakukan maksiat kepada Allah dengan anggota
badanmu,sedangkan ia adalah satu nikmat kurniaan Allah kepadamu,satu amanah
disisi kamu.Maka perbuatan maksiat kamu dengan menggunakan nikmat kurniaan
Allah adalah kemuncak kekufuran(kufur nikmat),dan pengkhianatan kamu terhadap
amanah yang diberikan Allah padamu adalah kemuncak pelampaui batas.
Ingatlah,anggota-anggota badanmu itu dibawah jagaanmu.Lihatlah bagaimana
kamu menjaganya kerana setiap orang daripada kamu itu adalah penjaga dan setiap
penjaga bertanggungjawab kepada jagaannya.
Sesungguhnya semua anggota badanmu itu akan menjadi saksi keatasmu pada
perhimpunan Hari Akhirat kelak,dengan lidah yang fasih dan lancar yang akan
membuka segala rahsiamu di depan semua makhluk .
سورة النور :24
(يوم
تشهد عليهم ألسنتهم وأيديهم وأرجلهم بما كانوا يعملون
)
Maksudnya: Dan pada hari itu akan menjadi saksi ke
atas mereka lidah-lidah mereka,dan tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka
terhadap apa yang telah mereka amalkan.
FirmanNya lagi:
FirmanNya lagi:
سورة يس :65
(اليوم
نختم على أفواههم وتكلمنا أيديهم وتشهد أرجلهم بما كانوا يكسبون)
Maksudnya : Pada hari ini,Kami tutup mulut
mereka.Dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan memberi kesaksianlah
kaki-kaki mereka terhadap apa yang mereka usahakan dahulu.
Maka,jagalah seluruh tubuhmu daripada segala
maksiat,khususnya anggota-anggota tubuhmu yang tujuh.Sesungguhnya neraka
Jahannam itu baginya tujuh pintu yang setiap pintunya telah ditetapkan untuk
golongan tertentu. Sebagaimana firman Allah :
سورة الحجر:44
( لها سبعة أبواب لكل باب منهم جزء مقسوم )
Maksudnya : Jahannam itu mempunyai tujuh
pintu.Tiap-tiap pintu(telah ditetapkan) untuk golongan tertentu daripada
mereka.
Dan tidak akan ditentukan pintu-pintu tersebut melainkan mereka yang
mengingkari perintah Allah dengan tujuh anggota ini iaitu:
1- Mata
2- Telinga
3- Lidah
4-Perut
5-Kemaluan
6-Tangan
7-Kaki
Sebagai kesimpulan,anggota badan yang tujuh inilah yang kerap kita gunakan
bahkan manusia itu tidak sempurna jika tiada salah satu daripada anggota yang
tujuh ini.Maka marilah sama-sama kita renungkan kembali jauh ke dalam diri
kita,bagaimanakah kita menjalankan kewajipan menjaga amanah yang Allah
kurniakan kepada kita.Semoga dengan sentiasa bermuhasabah dapat kita sentiasa
memperbaiki segala kesilapan dan ketelanjuran yang telah kita lakukan terhadap
Allah SWT sama ada secara sedar atau tidak.
Kita sebagai insan yang lemah serba kekurangan memang tidak dapat lari daripada
kesilapan,tapi janganlan kita terus bergelumang dengan kesilapan yang sama.
Bangkitlah dan kembalilah kepada fitrah kita yang sebenar,sucikanlah hati kita
dengan airmata taubat nasuha kepada Allah kerana itulah sebaik-baik anak Adam
0 comments:
Post a Comment