1. Cuaca
panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan
boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan
maut contohnya akibat strok haba.
2. Semua
orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat
kumpulan yang lebih berisiko:
o
Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti
fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan
lain-lain.
o
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai
risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
o
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
o
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
o
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing
manis dan penyakit kelenjar tiroid.
3. Risiko
bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba
keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
o
Gejala cuaca panas melampau adalah :
§
Sakit kepala
§
Keletihan
§
Lemah tumpuan
§
Pening
§
Lemah otot–otot atau kekejangan
§
Mual dan muntah
4. Keadaan
yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan
tidak sedarkan diri (koma).
o
Cara mencegah atau mengurangkan kesan
terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
4.1 Anda Perlu :
§
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap
aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
§
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di
dalam rumah/bangunan
§
Hadkan aktiviti luar
§
Kerap berehat
§
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan
tubuh badan anda
§
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan
longgar.
§
Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
§
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol,
atau kandungan gula yang tinggi.
§
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
§
Bersenam dalam cuaca panas
5. Jika
anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,
ingat tip-tip di bawah;
o
Keluar dari kawasan yang panas
o
Tanggalkan pakaian yang ketat
o
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
o
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
o
Minum air setiap 15 minit
o
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
0 comments:
Post a Comment