Tips Hijrah Diri-Salam Maal Hijrah 1435H

Monday, November 4, 2013


Sebagai panduan bagi remaja, bagaimana caranya untuk melakukan hijrah diri?
Tips pertama:
NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.
Tips kedua:
TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.
Tips ketiga:
BUANG PERSEPSI YANG SALAH. Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?
Tips keempat:
HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF. Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.
Tips kelima:
BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.
Tips keenam:
PEDULIKAN APA KATA ORANG. Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.
Tips ketujuh:
BERDOALAH. Allah sesungguhnya telah berfirman:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."
(Al-Mu’min 40: 60)
Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku.
Maka jelaslah sudah, jalan-jalan untuk mengubah diri ke arah kebaikan terbuka luas. Memang hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa hebatnya. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan anda. Jadilah remaja yang kental dengan pilihan yang sudah dibuat. Jadikanlah tahun ini tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama.


Ucapan Sempena Majlis Penghargaan Nuqaba' & Ketua Pelajar

Friday, October 25, 2013

Yang Berusaha Pn. Hjh Lailawati bt Ahmad,Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS, Yang Dihormati,Pn. Normah bt Abd Rahman,GPK Akademik &Pentadbiran,Pn. Hjh Asmah bt Abd. Rahim,GPK HEM,Pn. Hjh Habidah bt Abd. Latif,GPK Kokurikulum,En.Azimi b. Othman GPK PPU,Pn.Surahaya bt Ismail GKMP Pendidikan Islam & B. Arab,Pn. Sawiyah bt Zainal,Pegawai KPI BADAR Perdana,Saff Murobbi BADAR,Guru – guru Penasihat ketua Pelajar,Saff Kepimpinan Pelajar,Jawatankuasa Majlis Penghargaan Nuqaba’ & Ketua Pelajar Sesi 2012/2013. Seterusnya para nuqaba’ & ketua pelajar yang dirahmati Allah sekalian
.
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita diberi ruang dan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk hadir dalam Majlis Penghargaan Nuqaba & Ketua Pelajar bagi sesi 2012/2013.Saya mewakili Saff Murobbi BADAR dan Guru Penasihat ketua pelajar mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin untuk hadir pada malam ini




Allah SWT berfirman :

و من أحسن قولا ممن دعا إلى الله و عمل صالحا و قال إنني من المسلمين

Maksudnya: “Dan siapa lagi yang terlebih baik perkataannya berbanding orang yang mengajak ( manusia ) kembali kepada Allah dan beramal dengan amalan yang soleh dan berkata sesungguhnya aku sebahagian dari kalangan orang – orang menyerah diri ( Islam )”

Sebagai seorang nuqaba’ & ketua pelajar, sudah semestinya amanah dan taklifan yang diberikan selama ini adalah bertujuan untuk menyeru para pelajar di SMKA SHAMS agar mengEsakan Allah dalam setiap detik kehidupan kita.Ia menjadi asas kepada pembentukan sahsiah diri dalam usaha melahirkan individu yang soleh dan musleh.

Individu soleh bermaksud individu sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah disamping dapat mengawal diri daripada terjebak ke dalam perkara – perkara maksiat. Manakala Musleh pula bermaksud individu yang mampu berperanan untuk mengajak kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan.


Sudah menjadi sunnatullah bagi mereka yang ingin menjadi individu soleh dan musleh ini akan berhadapan dengan bermacam – macam ujian dan cabaran.Namun yakin dan percayalah ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi mereka yang terlibat dengan gerak kerja dakwah ini amatlah mahal.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَٰرَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
. تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Sedar atau pun tidak,kita semakin menghampiri hari - hari terakhir persekolahan.Dan tidak lama lagi kita akan menyambut Awal muharam 1435H.Justeru,saya menyeru diri saya dan para hadirin sekalian agar mengkoreksi diri tentang amanah dan taklifan yang diberikan selama ini.Samada kita telah tunaikan dengan sehabis baik atau sebaliknya? Bagi seorang murobbi,adakah anak – anak didik kita sudah menjadi insan yang kita inginkan,Bagi seorang nuqaba’,adakah ahli usrah kita sudah beramal dengan segala ilmu yang disampaikan?Manakala bagi seorang ketua pelajar,adakah para pelajar sudah mencapai tahap disiplin yang telah digariskan?Jawapanya sudah pasti berada dalam diri masing – masing

Maka tidak dapat tidak,gerak kerja menyeru kearah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran ini perlu dimainkan peranannya seoptimum yang mungkin sehingga kita bertemu dengan Allah SWT.


Para hadirin dirahmati Allah sekalian.

Dikesempatan yang ada ini saya mewakili murobbi badar & guru penasihat ketua pelajar mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan komitmen yang diberikan selama ini dalam usaha membantu pihak sekolah merealisasikan “ Madrasatun Tayyibbatun,Wa rabbun Ghafur “ iaitu sekolah yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Kami juga memohon kemaafan jika ada perkara yang sepatutnya menjadi hak nuqaba’ dan ketua pelajar tidak dapat kami tunaikan.Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan awam tidak lama lagi,kami sentiasa mendoakan agar kalian mendapat keputusan yang cemerlang.Manakala bagi mereka yang akan meneruskan perjuangan di bumi SMKA SHAMS selepas ini.Bulatkan tekad dan keazaman agar sentiasa bersemangat untuk menjadi insan yang soleh dan musleh.

Buat akhirnya, marilah kita sama menghayati sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيءٌ وَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيءٌ

“Barangsiapa yang “ menunjuk jalan ” di dalam Islam dengan kebaikan maka baginya pahalanya ( sendiri ) dan pahala orang yang beramal dengan kebaikan itu selepasnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun dan barang siapa yang “ menunjuk jalan ” di dalam Islam dengan kejahatan , ia menanggung dosanya ( sendiri ) dan dosa orang yang beramal dengan kejahatan itu selepasnya tanpa mengurangkan dosa mereka sedikitpun”.

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Guru Penasihat BADAR 2012/2013
SMKA Sheikh Hj. Mohd Said

Maklumat Diri Mantan Naqib dan Naqibah BADAR SMKA SHAMS

Sunday, September 8, 2013

Maklumat Diri Mantan Naqib dan Naqibah BADAR SMKA SHAMS
Edit this form

Maklumat Diri Mantan Naqib dan Naqibah BADAR SMKA SHAMS

Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani maka Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani atau singkatannya BADAR diwujudkan.Tujuannya adalah untuk melahirkan murid yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Seterusnya murid ini diharapkan menjadi pemimpin yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang mapan pada masa akan datang.

SMKA Sheikh Hj. Mohd Said Seremban ( SHAMS ) merupakan antara sekolah yang terawal menubuhkan BADAR iaitu pada 12 Febuari 1992. Tujuan asal penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi yang menyeru kearah yang makruf dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.Bagi memastikan hasrat tersebut dicapai, pihak sekolah telah menjadikan BADAR sebagai persatuan wajib bagi semua murid.Usrah dijadikan aktiviti utama BADAR disamping pelbagai aktiviti harian, mingguan, bulanan, berkala dan tahunan yang dirancang bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ditambah dengan dengan beberapa modul yang dihasilkan seperti modul jati diri, insan mutadayyin, kepimpinan, budaya ilmu, budi bahasa, pengurusan masa dan imej mahmudah memperkukuhkan lagi usaha – usaha murni untuk menerapkan nilai – nilai Islam dikalangan murid.

Hari ini BADAR telah dijadikan salah satu bidang kebitaraan kluster sekolah. Lebih istimewa lagi BADAR SMKA SHAMS sering menjadi rujukan penting dalam pembangunan sahsiah murid. Pada tahun 2006, pihak JAPIM telah bersetuju untuk menjadikan buku sukatan Usrah BADAR SMKA SHAMS sebagai buku panduan usrah diperingkat kebangsaan bagi seluruh SMKA di negara ini. Sementara itu segala aktiviti BADAR, modul serta program yang dilaksanakan juga telah menjadi penanda arasan bagi sekolah-sekolah lain.

Bagi memantapkan pengurusan BADAR,Pihak BADAR berhasrat untuk mengumpulkan maklumat peribadi naqib dan naqibah BADAR bagi memastikan kesinambungan kegemilangan BADAR SMKA SHAMS diteruskan.Justeru pihak BADAR amat berbesar hati agar mantan naqib dan naqibah memenuhkan borang yang disediakan.

    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question

ENGKAUlah Tujuanku

Friday, September 6, 2013



TUHANku…. 
Tanpa-MU siapalah aku 
Mungkin hanya manusia yang tidak tahu 
Dari mana datangnya aku dan kemana pula hala tuju 

TUHANku….
Bagaimana untuk aku katakana kepada –MU 
Bahawa rasa rindu ini semakin hari semakin mendalam 
Dalam jejak yang telah aku lalui 
Aku hanya ingin mencari keredhaan-MU 

TUHANku… 
KAUlah tujuanku 
Tidak pernah mahu aku berpaling daripada-MU 
Kerana kelak aku pasti berhadapan dengan-MU 
Dan KAUlah yang berhak mengadiliku 

TUHANku… 
Berilah aku kekuatan 
Perjalanan ini masih lagi perlu aku tempuh 
Walaupun aku tidak tahu 
Bila masanya KAU akan menjemputku pulang ke sisi-MU 
Kuatkanlah azamku untuk memikul perjuangan ini 
Meskipun hatiku terlalu rindu pada-MU….. 

 Nukilan: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat 
( Bicara Ini Demi Illahi )