Ucapan Sempena Majlis Penghargaan Nuqaba' & Ketua Pelajar

Friday, October 25, 2013

Yang Berusaha Pn. Hjh Lailawati bt Ahmad,Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS, Yang Dihormati,Pn. Normah bt Abd Rahman,GPK Akademik &Pentadbiran,Pn. Hjh Asmah bt Abd. Rahim,GPK HEM,Pn. Hjh Habidah bt Abd. Latif,GPK Kokurikulum,En.Azimi b. Othman GPK PPU,Pn.Surahaya bt Ismail GKMP Pendidikan Islam & B. Arab,Pn. Sawiyah bt Zainal,Pegawai KPI BADAR Perdana,Saff Murobbi BADAR,Guru – guru Penasihat ketua Pelajar,Saff Kepimpinan Pelajar,Jawatankuasa Majlis Penghargaan Nuqaba’ & Ketua Pelajar Sesi 2012/2013. Seterusnya para nuqaba’ & ketua pelajar yang dirahmati Allah sekalian
.
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita diberi ruang dan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk hadir dalam Majlis Penghargaan Nuqaba & Ketua Pelajar bagi sesi 2012/2013.Saya mewakili Saff Murobbi BADAR dan Guru Penasihat ketua pelajar mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin untuk hadir pada malam ini




Allah SWT berfirman :

و من أحسن قولا ممن دعا إلى الله و عمل صالحا و قال إنني من المسلمين

Maksudnya: Dan siapa lagi yang terlebih baik perkataannya berbanding orang yang mengajak ( manusia ) kembali kepada Allah dan beramal dengan amalan yang soleh dan berkata sesungguhnya aku sebahagian dari kalangan orang – orang menyerah diri ( Islam )”

Sebagai seorang nuqaba’ & ketua pelajar, sudah semestinya amanah dan taklifan yang diberikan selama ini adalah bertujuan untuk menyeru para pelajar di SMKA SHAMS agar mengEsakan Allah dalam setiap detik kehidupan kita.Ia menjadi asas kepada pembentukan sahsiah diri dalam usaha melahirkan individu yang soleh dan musleh.

Individu soleh bermaksud individu sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah disamping dapat mengawal diri daripada terjebak ke dalam perkara – perkara maksiat. Manakala Musleh pula bermaksud individu yang mampu berperanan untuk mengajak kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan.


Sudah menjadi sunnatullah bagi mereka yang ingin menjadi individu soleh dan musleh ini akan berhadapan dengan bermacam – macam ujian dan cabaran.Namun yakin dan percayalah ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi mereka yang terlibat dengan gerak kerja dakwah ini amatlah mahal.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَٰرَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
. تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Sedar atau pun tidak,kita semakin menghampiri hari - hari terakhir persekolahan.Dan tidak lama lagi kita akan menyambut Awal muharam 1435H.Justeru,saya menyeru diri saya dan para hadirin sekalian agar mengkoreksi diri tentang amanah dan taklifan yang diberikan selama ini.Samada kita telah tunaikan dengan sehabis baik atau sebaliknya? Bagi seorang murobbi,adakah anak – anak didik kita sudah menjadi insan yang kita inginkan,Bagi seorang nuqaba’,adakah ahli usrah kita sudah beramal dengan segala ilmu yang disampaikan?Manakala bagi seorang ketua pelajar,adakah para pelajar sudah mencapai tahap disiplin yang telah digariskan?Jawapanya sudah pasti berada dalam diri masing – masing

Maka tidak dapat tidak,gerak kerja menyeru kearah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran ini perlu dimainkan peranannya seoptimum yang mungkin sehingga kita bertemu dengan Allah SWT.


Para hadirin dirahmati Allah sekalian.

Dikesempatan yang ada ini saya mewakili murobbi badar & guru penasihat ketua pelajar mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan komitmen yang diberikan selama ini dalam usaha membantu pihak sekolah merealisasikan “ Madrasatun Tayyibbatun,Wa rabbun Ghafur “ iaitu sekolah yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Kami juga memohon kemaafan jika ada perkara yang sepatutnya menjadi hak nuqaba’ dan ketua pelajar tidak dapat kami tunaikan.Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan awam tidak lama lagi,kami sentiasa mendoakan agar kalian mendapat keputusan yang cemerlang.Manakala bagi mereka yang akan meneruskan perjuangan di bumi SMKA SHAMS selepas ini.Bulatkan tekad dan keazaman agar sentiasa bersemangat untuk menjadi insan yang soleh dan musleh.

Buat akhirnya, marilah kita sama menghayati sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيءٌ وَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيءٌ

“Barangsiapa yang “ menunjuk jalan ” di dalam Islam dengan kebaikan maka baginya pahalanya ( sendiri ) dan pahala orang yang beramal dengan kebaikan itu selepasnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun dan barang siapa yang “ menunjuk jalan ” di dalam Islam dengan kejahatan , ia menanggung dosanya ( sendiri ) dan dosa orang yang beramal dengan kejahatan itu selepasnya tanpa mengurangkan dosa mereka sedikitpun”.

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Guru Penasihat BADAR 2012/2013
SMKA Sheikh Hj. Mohd Said

0 comments:

Post a Comment