Setiap daripada kita akan menjadikan tarbiah sebagai jalan hidup. Mentarbiah dan ditarbiah. Kedua-duanya akan berjalan seiring. Tidak bisa jika salah satu daripadanya ’lemas’ daripada hidup seseorang itu. Manusia yang mentarbiah tetap ditarbiah. Jika tidak ditarbiah oleh murobbinya, dia ditarbiah oleh Tuhannya.
Wahai
jiwa-jiwa yang ditarbiah,
Masakan
kau merasa lemah tatkala ujian Allah singgah ke jiwamu. Jiwamu bukan jiwa yang
’gersang’ tetapi telah diisi dengan ’nur’ dan kefahaman. Kefahaman bahawa
mentarbiah bukanlah satu usaha yang senang.
Wahai
jiwa-jiwa yang ditarbiah,
Sekalipun
’tikaman’ lidah sentiasa menyebabkan kau terluka, kau harus tabah. Saat kau
dicemuh, dipulau, dipandang enteng usahamu, tidak mengapa.. Bukankah itulah
kemanisannya buatmu?
Ingatlah
kata-kata ini yang sering menjadi pengubat jiwa tatkala diri rasa ’jatuh’
’dibunuh’ dengan ujian,
Kemanisan
dalam berdakwah apabila hadirnya penentangan.
Indah
bukan?
Tidak
semua mampu merasainya. Tidak semua mampu mengecapinya. Dan kita memilihnya
kerana kita mahu menjadi yang terpilih merasai ’nikmat’ kejatuhan dan kesusahan
ini. Namun,
Wahai
jiwa-jiwa yang ditarbiah,
Kadangkala,
dirimu cepat melatah tatkala ujian menjadi ’makanan’mu.
Usrah?
Program?
Taklifan?
………….????
Segalanya
kau tinggalkan hanya kerana segulung ijazah menanti.
Menilai
diri sendiri itulah terbaik dalam mencari pengajaran.
Usah
melihat dan menunding orang lain atas kebejatan kerja dakwah kita.
Cukuplah
diri sendiri sebagai medan refleksi membangkit ummah.
Wahai
jiwa-jiwa yang ditarbiah,
Bertanyalah
kembali di dalam dirimu. Dimanakah kedudukan Illahi di dalam hatimu? Adakah
padaNYA hanyalah ’sisa-sisa’ perasaan selepas perasaan cinta pada dunia atau di
mana kau meletakkan kedudukannya dalam hidupmu?
Wahai
jiwa-jiwa yang ditarbiah,
Ruang
dakwahmu luas terbentang di depan mata.
Cukuplah
Dia saksi bahawa lelahmu untuknya bukan yang lain.
Tidak
pada masyhur agar dikenal kencangnya dakwahmu.
Bukan
untuk dipuji luhurnya jiwamu mentarbiah manusia.
Sekali-kali
tidak juga untuk digelar ilmuan yang tinggi ilmunya.
Tidak
juga untuk menyebabkan dirimu terhumban ke neraka dek ’ujub yang
bermaharajalela di hatimu.
Cukuplah
’dunia’ semalam yang melalaikan.
0 comments:
Post a Comment