HALAQAH ILMI 2 : Meraih Keberkatan Ilmu
Monday, February 22, 2016
Posted by
murobbi-badar-shams
at
12:43 PM
0
comments
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Usrah Tingkatan 1 : Hadith-Sifat Orang Islam
Sunday, February 21, 2016
عَن عَبدِ اللهِ بنِ عُمَرَ رَضِيَ الله عَنهُما قال :
قال رسولُ اللِه صلى الله عليه وسلم : " المُسلِمُ أَخُو المُسلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ
فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ
كُرْبَةً فَرَّجَ الله ُعَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ,
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَومَ القِيَامَةِ"
( رواه البخارى ومسلم وأبو داود )
Maksudnya :
Daripada
Abdullah Ibnu Umar r.a. Katanya :”Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang Islam
bersaudara kepada orang Islam, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya
kepada kebinasaan. Siapa yang menolong hajat saudaranya, Allah akan menolong hajatnya,
dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya
daripada kedukaan pada hari Kiamat. Siapa yang menutup keaiban seseorang Islam,
Allah akan menutup keaibannya pada hari Qiamat.”
Huraian :
1) Muslim yang sebenar ialah mukmin yang sanggup
menganggap seorang Islam yang lain itu sebagai kandungnya, Maksudnya bentuk
perhubungan persaudaraan itu sangat kuat, tiada pengkhianatan dan kezaliman
hasil daripada iman yang telah menguasai gerak geri dan tingkahlaku seseorang
itu untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2) Menolong hajat saudara bermaksud berusaha dan
bekerjasama untuk kepentingan saudaranya. Mereka yang berusaha menolong orang
lain akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t.
3) Melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya
bermaksud, berusaha dengan sedaya upayanya untuk memberikan kesenangan dan
kegembiraan antara sesama Islam.
4) Keaiban, keburukan dan kejahatan sama ada kecil
atau besar yang dilakukan oleh saudara kita, hendaklah disembunyikan dan tidak
dihebahkan.
Dalam hal ini ada beberapa pendapat :
1) Sekiranya dengan pendedahan sesuatu kemungkaran
yang dilakukan oleh seseorang itu akan memberi pengajaran kepada orang lain,
maka kemungkaran itu boleh didedahkan.
2) Sekiranya pendedahan itu tidak mendatangkan
sebarang faedah dan kepentingan kepada orang ramai, bahkan memburukkan nama
orang yang terlibat, maka kejahatan dan keburukan itu tidak boleh disebarkan.
3) Tidak boleh menghebahkan kecacatan atau keaiban
yang ada pada tubuh badan seseorang kerana dianggap menyakiti perasaan
saudaranya.
Kesimpulan dan Pengajaran :
1) Orang Islam adalah bersaudara. Justeru, kita
tidak boleh melakukan kezaliman dan pengkhianatan sesama sendiri.
2) Menunaikan hajat sahabat kita merupakan salah
satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah.
3) Berusaha bagi menghapuskan kedukaan sahabat kita
adalah digalakkan oleh Islam seperti menziarahi mereka ketika sakit atau
membantu ketika kesulitan. Allah akan membalas usaha-usaha ini dengan memberi
ganjaran baik di akhirat.
4) Menyembunyikan keaiban sahabat kita adalah
dituntut. Memberitahu kejahatan dan mencegahnya adalah wajib. Mendedahkan
kejahatan untuk menjadi panduan dan teladan adalah diharuskan.
5) Orang Islam diarahkan supaya sedia bekerjasama
dalam perkara-perkara dan amalan-amalan yang diredhai Allah.
Posted by
murobbi-badar-shams
at
10:59 PM
0
comments
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
HALAQAH ILMI 1: Cinta Fitrah vs Cinta Fitnah
Sunday, February 14, 2016
Posted by
murobbi-badar-shams
at
7:36 AM
0
comments
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Tahniah & Terima Kasih buat Pn. Hjh. Asmah bt Abd. Rahim 1994-2015
Friday, February 5, 2016
Pihak Murobbi BADAR ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pn. Hjh Asmah bt Abd. Rahim ( Mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) SMKA SHAMS atas segala khidmat nasihat untuk BADAR selama ini.
Sebagai makluman,Pn. Hjh Asmah bt Abd. Rahim telah memulakan perkhidmatan di SMKA SHAMS pada tahun 1994,bermula daripada guru biasa dan diakhiri dengan Guru Penolong Kanan HEM pada tahun 2015.Pada tahun 2016, beliau telah dinaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Agama Telok Kemang,Port Dickson.
Buat akhirnya,kami diperingkat Murobbi BADAR mendoakan agar Pn. Hjh Asmah bt Abd. Rahim sentiasa dikurniakan kesihatan yang sempurna dan diberikan kekuatan untuk mendidik dan mentarbiyah anak - anak bangsa agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
Siru ala barakatillah.....
Posted by
murobbi-badar-shams
at
5:07 AM
0
comments
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Sekitar Bengkel Pemurniaan Modul Muzakkir Siri 2
Tuesday, February 2, 2016
Pihak BADAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil
Dr. Khazri Osman,pensyarah UKM yang juga mantan guru SMKA SHAMS atas inisiatif
merancang bengkel pemurnian modul muzakkir ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada al-Fadhil Ustaz Mohamad Faisal Kamis, pensyarah IPG Bangi yang juga
mantan guru SMKA SHAMS dan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam Mohd Yasin,mantan Pensyarah
IPG Bangi ( Calon PhD) yang juga merupakan bapa kepada pelajar SHAMS atas kesudian membantu
bagi menjayakan bengkel ini. Tidak dilupakan kepada pentadbir dan murobbi BADAR
yang komited membantu. Semoga usaha yang mulia ini mendapat nusrah dari illahi
dalam memastikan pelajar - pelajar SHAMS terus istiqamah dengan syariat Islam.
Posted by
murobbi-badar-shams
at
5:12 AM
0
comments
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Subscribe to:
Posts (Atom)