Kecemerlangan dalam bidang ilmu akademik dan agama merupakan tema bagi SMKA Sheikh Haji Mohd Said. Ia diterjemahkan dengan kata – kata “Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup”
Usaha pembangunan
modal insan sangat perlu untuk memastikan para pelajar mempunyai sahsiah yang
terpuji dan jati diri yang unggul, seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang.
Antara matlamat
penting kebitaraan BADAR Perdana SKK SMKA
Sheikh Haji Mohd. Said ialah melahirkan pemimpin
pelajar yang berketrampilan dan mempunyai
budi pekerti mulia yang dapat
menyumbang kepada sekolah
dan masyarakat. Sehubungan itu, Program Ziarah Mahabbah ( PZM 13’
) ini direncana bagi mendidik pelajar untuk
menyantuni golongan yang memerlukan disamping mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Usaha yang
murni ini jugak diharap dapat membentuk pemimpin pelajar yang bersifat prihatin
terhadap persekitaran.
OBJEKTIF
v
Mendidik pelajar agar bersifat prihatin terhadap golongan
yang memerlukan
v Menarik minat pelajar agar terdorong untuk
melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan
v
Menyampaikan mesej Islam
serta pelbagai maklumat, pengetahuan dan doa kepada kepada pesakit
v
Menjalinkan hubungan
silaturrahim antara pihak sekolah dengan pihak hospital.
TEMA
’Erti Hidup Pada Memberi’
TEMPAT
Hospital Tunku Jaafar,Seremban
TARIKH
20 April 2013 ( Sabtu )
Program Ziarah Mahabbah (PZM) ini merupakan julung kali diadakan di SHAMS dalam usaha menyantuni masyarakat umumnya dan warga pesakit khususnya.Di doakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang digariskan.Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang dari sudut kewangan dialu-alukan khususnya warga SHAMS.Sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada penyelaras program, En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim. (013-2007425) / Facebook: khairul hidayat/ Email:khairulhidayat@gmail.com.
Segala sumbangan didahului dengan jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas jasabaik kalian.

0 comments:
Post a Comment