BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?
Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya,
bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan
umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah
dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi
SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar
memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di
rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah
hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin
sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas
kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan
Ramadhan.
Sudah
tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun
penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan
Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ
سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa
buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat
At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya
sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain
mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira
juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi
SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana
itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.
KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan
beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan
wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat
perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama
apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat
di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar
perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga
membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan
solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri
mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh
dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ;
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan
alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri.
Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam
Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj,
1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6)
Meninggalkan solat ;
kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7)
Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan
Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas
Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka
syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat
berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang
baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
0 comments:
Post a Comment