Masih ramai kalangan awam
yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nisfu Sya'ban (hari 15
Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab
Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'ban adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan
beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya.
Kekeliruan mungkin disebabkan
mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i
berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbatkan pengharaman
berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadith-hadith
Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan
at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda
sebagai berikut:-
"Telah diberitakan
kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin
Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada
Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan
Rasulullah SAW:
"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa".
Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadith Abu Hurairah ini adalah hadith hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.

Selain daripada hadith di atas,
Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-Daripada Sayyidina Abu
Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa."
Imam ash-Shan`ani dalam
"Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadith ini
adalah hasan shohih di sisi para muhaddithin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad
mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur
Rahman adalah perawi yang dhoif.
Menurut kajian Imam
ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa`
bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadith-hadith yang diriwayatkannya
diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam
"at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai
seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).
Sungguhpun dihukumkan haram,
tetapi pengharaman berpuasa pada nisfu kedua bulan Sya'ban ini tidaklah mutlak
seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak
berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq.
Pengharaman berpuasa pada hari-hari nisfu kedua Sya'ban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'ban) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-
1. Puasa sunnat tersebut
disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nisfu pertama
(separuh pertama) bulan Sya'ban walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni
dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya
hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka
tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut.
Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'ban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. Puasa sunnat tersebut
telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid
kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap
Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.
3. Puasa qadha` samada qadha
puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu
4. Puasa kaffarah atau puasa
nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang
hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua bulan Sya'ban.
Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nisfu kedua Sya'ban, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua bulan Sya'ban, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi
puasa yang dilaksanakan setelah nisfu Sya'ban menurut Mazhab Syafi`i yang
menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya.
Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin
Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan
pada halaman 125 seperti berikut:-
(Dan haram berpuasa [sunnat]
pada hari-hari selepas nishfu Sya'ban, jika sekiranya puasa tersebut tidak
berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut
terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak
berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung
puasa pada nisfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang
pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan
adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama
Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami
rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2
halaman 82, sebagai berikut:-
Dan daripadanya [yakni
daripada hadith-hadith berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'ban, ialah
hadith Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan:
"Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan",
hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata:
"Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan",
dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit."..........
Kemudian hadith-hadith tersebut tidaklah menafikan haditH yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nisfu bulan Sya'ban, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nisfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nisfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)].
Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nisfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nisfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nisfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nisfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nisfu kedua bulan Sya'ban tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya).
Dan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu:
"Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan",
Adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).

Murid Imam Ibnu Hajar
rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari,
rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in" pada halaman
60:-
(Tatimmah) Haram puasa pada
hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nisfu
Sya'ban, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya
[yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa
tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan
kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau
puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.
Penjelasan 'Allaamah Sayyid
Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman
152- 153, pula adalah seperti berikut:-
Dan haram puasa pada nisfu
kedua bulan Sya'ban, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari
yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan],
walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan
sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika
tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur
sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.
Inilah kesimpulan hukum
berpuasa pada nisfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab
Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya.
0 comments:
Post a Comment