BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BADAN AGAMA,DAKWAH,AKHLAK & ROHANI ( BADAR ) SMKA SHAMS 2016

Sunday, January 10, 2016

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BADAR 2015/2016 

TARIKH : 08 - 10 Jan 2016/ 27- 29 Rabiul Awal 1437H
TEMPAT : Golden Straits Villas, Port Dickson,N,Sembilan
OBJEKTIF:

  1. Mengenalpasti dan memahami bidang tugas setiap portfolio dalam kabinet kepimpinan BADAR 2016
  2. Menyusun perancangan dan aktiviti BADAR 2016
  3. Memberi garis panduan dan hala tuju untuk melaksanakan perancangan BADAR pada tahun 2016
  4. Membentuk satu pasukan kerja yang utuh dan saling memahami di antara kepimpinan BADAR 2016

Salam Maulidur Rasul 1437H

Wednesday, December 23, 2015


Wahai seorang kekasih, 
Telah lama kau dirindui, 
Pilu sedih dalam kerinduan, 
Menangis pun tak berair mata, 
Namun hati tetap gembira, 
Syafaatmu menanti di sana.

 Sungguh tabahnya hatimu, 
Menanggung derita yang melanda, 
Biarpun perit pedih tersiksa,
 Kerana umat kau tempuhi jua.

 Wahai Rasul kaulah segalanya, 
Contoh terbaik umat akhir zaman,
 Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
 Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

 Wahai Rasul kami merindui,
 Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
 Manis senyuman mu penawar hiba,
 Di hati kami kaulah segalanya.

Program Ziarah Mahabbah ke Hospital Tunku Jaafar,Seremban

Sunday, April 5, 2015

OBJEKTIF
  • Mendidik pelajar agar bersifat prihatin terhadap golongan yang memerlukan
  • Menarik minat pelajar agar terdorong untuk melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan
  • Menyampaikan mesej Islam serta pelbagai maklumat, pengetahuan dan doa kepada kepada pesakit
  •   Menjalinkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan pihak hospital.

TARIKH
  • 4 April 2015 ( Sabtu )
TEMPAT
  • Hospital Tunku Jaafar,Seremban