Program Ziarah Mahabbah (PZM) ke Hospital Tunku Ja'afar,Seremban

Sunday, April 7, 2013


Kecemerlangan dalam bidang ilmu akademik dan agama merupakan tema bagi SMKA Sheikh Haji Mohd Said. Ia diterjemahkan dengan kata – kata “Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup”

Usaha pembangunan modal insan  sangat perlu  untuk memastikan para pelajar  mempunyai sahsiah  yang  terpuji  dan jati  diri yang unggul,  seiring dengan  pencapaian akademik  yang cemerlang.

Antara  matlamat  penting kebitaraan BADAR Perdana  SKK SMKA  Sheikh  Haji Mohd.  Said ialah melahirkan  pemimpin  pelajar  yang  berketrampilan  dan  mempunyai budi pekerti mulia yang dapat   menyumbang  kepada  sekolah  dan  masyarakat. Sehubungan itu, Program  Ziarah Mahabbah  ( PZM 13’  )  ini  direncana bagi mendidik pelajar untuk menyantuni golongan yang memerlukan disamping mengaplikasikan ilmu yang dipelajari semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Usaha yang murni ini jugak diharap dapat membentuk pemimpin pelajar yang bersifat prihatin terhadap persekitaran.

OBJEKTIF
v  Mendidik pelajar agar bersifat prihatin terhadap golongan yang memerlukan
v  Menarik minat pelajar agar terdorong untuk melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan
v  Menyampaikan mesej Islam serta pelbagai maklumat, pengetahuan dan doa kepada kepada pesakit
v  Menjalinkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan pihak hospital.

TEMA
’Erti Hidup Pada Memberi’

TEMPAT
Hospital Tunku Jaafar,Seremban

TARIKH
20 April 2013 ( Sabtu  )

Program Ziarah Mahabbah (PZM) ini merupakan julung kali diadakan di SHAMS dalam usaha menyantuni masyarakat umumnya dan warga pesakit khususnya.Di doakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang digariskan.Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang dari sudut kewangan dialu-alukan khususnya warga SHAMS.Sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada penyelaras program, En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim. (013-2007425) / Facebook: khairul hidayat/ Email:khairulhidayat@gmail.com.

Segala sumbangan didahului dengan jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas jasabaik kalian.