Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H

Friday, August 26, 2011


Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, dan keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun adakah kita bersedia untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang sebelum tibanya Ramadan semula. Justeru marilah bersama - sama kita berdoa dan meningkatkan amal ibadah dipenghujung ramadan ini.Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi segala macam ujian yang diberikan.

Dikesempatan ini,saya mewakili murobbi BADAR SMKA Sheikh Hj. Mohd Said,Seremban mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H kepada semua warga SHAMS yang dikasihi dan disayangi.Seinfiniti kemafaan dipohon jika terdapat hak yang sepatutnya ditunaikan tidak dapat ditunaikan dan jika terdapat khilaf yang menyebabkan hati - hati tercalar,mohon di maafkan.

Bagi semua pelajar tingkatan 5 yang akan meneruskan peperiksaan percubaan SPM dan semua pelajar tingkatan 6 yang akan memulakan peperiksaan percubaan STPM selepas Hari Raya Aidil Fitri,teruskan fokus dan momentum anda kepada pelajaran. Anggaplah ini sebagai satu cabaran dan ujian yang harus ditempuhi.Sedia maklum kehidupan ini dihiasi dengan pelbagai ujian dan cabaran.InsyaAllah kami yakin,jika anda berusaha dengan bersungguh -sungguh sudah pasti akan menatijahkan kejayaan yang membanggakan.Begitu juga pelajar tingkatan 3,peperikaan PMR semakin menghampiri anda.Teruskan usaha dan berharap kepada Allah dipenghujung masa ramadan ini. Anda semua adalah generasi yang mampu mencipta sejarah kejayaan sekolah!

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Penyelaras BADAR SMKA SHAMS
Sesi 2011

" Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H"

Program Tazkirah Ramadan SMKA SHAMS

Wednesday, August 3, 2011


Sepanjang Bulan Ramadan 1432H, pihak Jawatankuasa Program Ramadan Madrasah Tarbiyah ( RAHMAT 11' ) akan mengadakan beberapa siri tazkirah Ramadan bagi mengimarahkan bulan Ramadan sebagai madrasah tarbiyah untuk umat Islam menyucikan jiwa. Berikut merupakan maklumat program:

Tazkirah 1
Penceramah : Ustaz Azrul Azlan Bin Iskandar Mirza ( Pensyarah USIM )
Tarikh:8 Ogos 2011
Masa: 1.15 ptg - 2.15 ptg
Tempat : Surau al-Hidayah,SMKA SHAMS
Tajuk : Ramadan Madrasah Tarbiyah

Tazkirah 2
Penceramah : Tuan Haji Norazamir bin Alias ( Timb. Mufti N.Sembilan )
Tarikh:15 Ogos 2011
Masa: 1.15 ptg - 2.15 ptg
Tempat : Surau al-Hidayah,SMKA SHAMS
Tajuk :Ibrah Di Sebalik Peristiwa Nuzul Al-Quran

Tazkirah 3
Penceramah : Ustaz Mohd Shahrizan Ibrahim ( Penolong Pengarah Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS )
Tarikh:22 Ogos 2011
Masa: 1.15 ptg - 2.15 ptg
Tempat : Surau al-Hidayah,SMKA SHAMS
Tajuk : Ramadan Terakhir

" Jom Tingkatkan Ibadah! "